Thursday, March 1, 2012

Kisah di Ceramah Anugerah Parasit.


Aku pergi ke ceramah Hassan Ali atau Hassan Parasit ini kerana aku ingin mendengar sendiri hujah Hassan Parasit ini. Kereta ke Taman Guru berderat panjang dalam lingkungan 1 kilomoter menyebabkan aku sudah untuk dapatkan paking. Dalam 7,8 minit mencari akhirnya jumpa juga paking depan rumah orang. Rumah siapa aku pun tak tahu.

Sesampainya ke padang aku lihat sekumpulan manusia memenuhi padang permainan di taman perumahan. Memang penuh dengan manusia berbeza dengan anggapan aku.

Takpalah, mungkin ini orang-orang PAS yang macam aku datang untuk dengar ceramah bekas orang kuat PAS. Atau mungkin ini peminat Hassan PARASIT, aku cuba berfikiran positif.

Selepas kawan si Hassan Parasit menyampikan cermah kini sampai giliran HASSAN PARASIT menyampaikan ceramahnya yang aku rasa ditunggu-tunggu sekumpulan manusia di padang perumahan ini.

Maka, macam yang aku duga, isi ceramahnya tidak lain dan tidak bukan, DAP itu adalah rasis dan PAS bodoh bersama dengan DAP dam PKR.Beliau juga mengaku depan sekumpulan manusia di padang perumahan itu, bahawa beliaulah pejuang sejati dan pejuang Islam yang sebebar.

Dengan penuh marah beliau memberitahu bahawa exco Kelantan yang juga adun Salor adalah diantara parasit-parasit dalam PAS. Selang 7 minit akan berbunyi laungan TUKAR oleh beberapa kumpulan manusia yang berpecah-pecah mungkin untuk memperlihatkan betapa ramainya orang malam itu yang mahu TUKAR. Setiap 7 minit tak kira apa pun hujah atau inti dalam ceramah itu, laungan TUKAR akan bergema. Dan ada beberapa orang cuba bertakbir namun tidak mendapat sambuntan tetapi laungan TUKAR memang menjadi malam itu.

Adakah ceramah malam itu suatu ceramah yang hebat. Hassan PARASIT sendiri mengakui bahawa malam itu adalah hadirian yang teramai pernah dihadiri beliau.

Ini ulasan aku tentang ceramah HASSAN PARASIT di Taman Guru.

Melihat pada keadaan aku susah untuk mencari parking dan kereta berderat-derat maka jelas, ramai yang hadir pada malam itu bukanlah orang tempatan tetapi kebanyakkannya hadirin yang hadir pada malam itu adalah orang dari luar kawasan taman guru. Kebanyakkan nombor plat kereta juga bukan nombor plat D. Maka aku membuat andaian, kerahan cikgu malam itu memang benar-benar berlaku.

Aku paking di depan rumah yang aku tidak kenal dan memang malam itu mereka tidak sediakan tempat untuk parking kerata, sebab itu banyak kereta diletakkan di bahu jalan dan menyebabkan kereta berderat-derat di tepi jalan. Aku ingatkan parking penuh, rupa-rupanya memang pada malam itu tempat letak kerata tidak disediakan.

Dan aku juga berpendapat, pada malam itu, bukan cikgu sahaja dikerah tetapi budak-budak NGO TUKAR juga dikerah. Dan mereka disuruh berpecah-pecah dalam kumpulan masing-masing dan mereka akan berteriak TUKAR tidak kira apa terjadi. Malam itu, kerja budak-budak NGO UMNO yang dikerah ada 2 tugasan. Tugasan tetap adalah bertempik TUKAR selang 7 minit dan tugas ke-2 adalah mencarut. Aku malu melihat ada budak-budak kecil yang mendengar dan melihat gelagat orang-orang tua yang mencarut dan yang paling teruk, tukang ceramah atas pentas yang mengajar orang-orang bawah mencarut. Tidak perlu aku sebut satu persatu aku yakin korang tentu dapat tangkap bila gerombolan UMNO ini mencarut.

Dan aku kaji lagi adakah ceramah malam itu gempak. Pasal padang malam itu penuh. Setelah diukur dengan kepala hotak aku secara halus, maka aku pun mendapat jawapan. Sebenarnya ceramah malam itu sungguh hampeh. Dan mereka pihak pengajur juga tahu ceramah pada malam itu adalah hampeh, tanpa kerahan tenaga cikgu-cikgu dan NGO UMNO, rasanya ceramah malam itu tidak akan sampai pun angka 300 orang. 300 orang pun angka yang besar untuk dikumpul jika tiada kerahan terjadi.

Walaubagaimana pun, NGO UMNO dan JATI jangan terlalu berbesar hati dengan padang yang penuh pada malam itu, ini kerana, padang yang penuh pada malam itu, bukan padang bola, tetapi hanya padang di taman perumahan. Aku dulu bersekolah Ma'ahad dan ada padang bola. Padang yang digunakan pada malam itu, lagi besar padang sekolah aku dulu. Padang sekolah aku dulu, jika penuh satu padang mampu mengumpul tidak lebih 2000. Maka pada malam cermah HASSAN PARASIT malam itu sebenarnya, walapun penuh, aku rasa angka pada malam itu tidak mencecah pun 1500 orang.

Maka, kepada HASSAN PARASIT dan NGO Tukar yang suka mencarut dan berteriak itu, aku cabar buat distadium dan jangan guna konsep kerahan cikgu, kita tengok berapa orang yang hadir. Dan jika Hassan Parasit dan NGO UMNO rasa kehadiran pada malam itu sudah ramai, sila jenguk-jenguk gambar himpunan Pakatan Rakyat seperti himpunan BERSIH1, BERSIH 2.0, Himpunan Lynan 2.0, himpunan 901, atau berbagai-bagai lagi himpunan. Tanpa kerahan kami semua datang. Bukan datang kerana kerahan. wallahualam

No comments:

Post a Comment