Monday, March 5, 2012

Tan Sri Annuar Musa lagi layak jadi Calon MB Umno Kelantan.


Tan Sri Annuar Musa adalah diantara calon yang sesuai UMNO jika dibangdingkan dengan Datuk Seri Mustapa Mohamed. Ramai yang menganggap Datuk Seri Mustapa Mohamed yang bersih di Kelantan. Walhal Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah wakil rakyat yang dianggap PENGKHIANAT oleh rakyat Kelantan kerana menafikan hak royalti Kelantan.

Datuk Seri Mustapa Mohamed juga adalah individu yang pernah mengaku beliau adalah diantara orang yang menyekat bantuan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan video itu masih ada di youtube. Pengakuan Datuk Seri Mustapa Mohamed itu betulo-betul mengguris perasaan rakyat Kelantan dan menunjukkan sikapnya yang tidak cakno terhadap rakyat Kelantan.

Datuk Seri Mustapa Mohamed yang popular dikenali sebagai "Tok Pa" merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjadi buruan rakyat Kelantan untuk mengetahui perkara mengenai kehadiran kapal Israel di Pelabuhan Klang, adakah benar negera ini mempunyai hubungan dengan Isreal dan betulkah kita menjual minyak kelapa sawit kepada Isreal. Jika benarlah perkara ini berlaku, maka rakyat Kelantan sudah tentu menolak calon yang berkerjasama dengan pihak Israel.

Berbangding dengan Tan Sri Annuar Musa yang dekat dengan rakyat tidak kira fahaman politik dan tidak keterlaluan "gelombang merah" itu adalah hasil dari penat lelah Tan Sri Annuar Musa. Tan Sri Annuar Musa juga merupa diantara orang yang kuat menaikkan taraf sukan bola sepak Kelantan sehingga pelbagai anugerah telah diterima.

Tan Sri Annuar Musa juga tidak seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed yang dianggap pak turut UMNO pusat dimana tidak pernah mendahulukan kebajikan rakyat Negeri Kelantan. Seperti dalam isu royalti, Tok Pa berkeras menyatakan Kelantan tidak layak mendapat royalti dan perkara ini amat berbeza dengan pendapat TSAM yang meminta kes ini dibawakan ke Mahkamah.

Sama juga dengan isu video sembang rakyat yang menghina hudud dan wanita Kelantan, Tok Pa langsung tidak mengambil bahagian untuk mempertahankan maruah rakyat Kelantan berbanding TSAM yang mengecam tindakan bodoh si pembuat video itu. Watak Tok Pa hanya mengikut telunjuk Najib dan tidak memperlihatkan beliau seorang yang berjuang untuk rakyat di Kelantan.

TSAM juga telah pun mengumumkan akan membuat Stadium di Kelantan tanpa meminta mandat di Kelantan terlebih dahulu. Berbeza politik Najib yang meminta diberi mandat terlebih dahulu dan perkara ini dipersetuji 100% oleh bakal bekas MB Kelantan iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed. Maka rakyat dengan jelas dapat melihat bagaimana politik Datuk Seri Mustapa Mohamed yang hanya ingin menjadi MB Kelantan berbanding untuk memperjuangkan hak rakyat Kelantan. Hanya menurut apa kata Najib demi menjadi calon MB Kelantan.

Maka, pada pandangan aku, TSAM lagi layak menjadi calon MB Umno di Kelantan berbanding Tok Pa. Walaupun aku bukan peminat TSAM dan bukan penyokong UMNO, tetapi untuk melihat pertemuan itu lebih bertemu ruas maka lebih baik TSAM yang menerajui UMNO Kelantan dan bukannya Tok Pa yang hanya pandai ikut arahan Najib.

No comments:

Post a Comment