Najib meminta maaf kepada rakyat Kedah kerana BN sedikit sebanyak membuat kesilapan dalam pilihan raya umum lalu yang menyebabkan mereka ditolak di negeri itu.
Dengar tu wahai penyokong tegar UMNO,Najib telah minta maaf dengan kami, kepala kereta api kamu sudah mengaku buat silap dengan kami! Kamu tu bila nak minta maaf.
Oklah, aku maafkan kau Najib. Kau pun dah mengaku buat silap, aku maafkan dengan 1 syarat. Syaratnya kau jangan ulangi benda-benda bengon yang pernah kau lakukan. Kembalikan PRU yang bersih.
Dan sebagai rakyat Kelantan sudah semestinya kami minta kau kembalikan hak rakyat Kelantan. Kembalikan wang royalti dan tarik balik penghinaan terhadap rakyat Kelantan.
Tapi kalau setakat nak mintak maaf dan nak kami undi kau tanpa kau ubah apa-apa pun. Cara kau mintak maaf tu takde maknanyalah.
Jadi untuk mengIKHLASkan kau minta maaf, apa kata kau tunaikan permintaan BERSIH untuk peringkat nasional dan peringkat negeri, aku salah seorang daripada rakyat Kelantan sudah pasti mahukan hak royalti di kembalikan. Untuk negeri lain kau tanya sendiri.
Dan kepada pembela TEGAR UMNO, ketahuilah oleh mu bahawa Najib kesayangan Dati Rosmah itu memang bersalah. Pasal Antaltuya aku tak tahu dia kena minta maaf ke tidak. Yang pasti, jika sudah buat salah mestilah perlua baiki kesilapan itu. Kalau tak baiki, minta maaf Najib tu sama dengan minta maaf budak-budak nakal pencuri buah rambutan di kampung-kampung. Kalau kantoi reti mintak maaf,janji sudah insaf, hakikatnya, esok hilang lagi buah rambutan itu. Fikir-fikirkanlah Najib.
terima kasih jenguk blog bro. bila wa nak buat lawatan balas google beri amaran cam ni > This site may harm your computer.. Lu kasi cek dulu bro. nanti wa datang rumah lu kalau takde virus antract . hehe selamat berblog
ReplyDelete