Friday, March 9, 2012

Ya Ampun Penakutnya Imam di Malaysia ni~



Kenapa Imam-imam di Malaysia tidak bersemangat macam mahasiswa bila rakan mereka di hina. Walaupun mereka tidak mengenali antara satu sama lain, tetapi atas dasar solidariti mereka bersatu dan tegus menyokong sahabat mereka.

Tapi itu bila mahasiswa yang kena, bila kena dekat Imam lain yang jadinya. Semua imam bagai tidak baca akhbar dan tidak pernah tengok astaro dan tidak juga bercakap-cakap dengan orang sehingga langsung tidak mengetahui berita Imam Hoslan Hussin. Mungkin takut atau hormat dengan keputusan mahkamah maka semua imam-imam pun diam, tetapi takkan nak buat solat hajat atau mintak derma dan disalurkan kepada keluarga Imam tu pun takut. Mana soladariti kamu wahai Imam muda dan Imam tua. Mana semangat persaudaraan jika Imam sendiri tak boleh bagi contoh. Tiap kali Jumaat berbicara kita sesama islam adalah bersaudara, tetapi bila saudara kita dihina, kita diam. Bagaimana imam-imam di Malaysia ini ingin memupuk semangat persaudaraan jika imam itu sendiri senyap.

Aku sendiri jika dapat berjumpa dengan Imam Hoslan Hussin ini, aku ingin cium tangan diam, dia adalah pejuang yang hebat. Sesiapa yang ingin membantu Imam hebat kita ini bolehlah memberi sumbangan disalurkan kepada akaun Maybank Harakahdaily Dot Com no. 564070000336 atau boleh hubungi Ahmad Lutfi Othman Ketua Pengarang Harakah.

No comments:

Post a Comment