Kononnya Mahasiswa hari ini biadab dan menuntut perkara yang tidak realistik. Tetapi sejak negara ini Merdeka, siapakah sebenarnya yang paling biadab? Siapakah yang menghina institusi kehakiman dan pernah melanggar perlembagaan? Siapakah yang menggunakan wang rakyat sehingga pernah dinyatakan oleh sendiri oleh Ulasan Pakar Ekonomi dan Ketua Audit Negara. Dan siapakah yang kebal undang-undang dlam negara ini sehingga jika diri sendiri atau anak-anaknya melakukan jenayah namun kebal daripada segla tindakan undang-undang?
siapakah semua itu?
Adakah ianya daripada sekumpulan mahasiswa yang bekhemah itu? adakah mereka itu yang menggunakan wang/khazanah negara sehingga negara kita sudah semakin hampir dengan status bankrap? Memanag benar tindkan mahasiwa hari ini yang bertembungan dengan DBKL satu tindakan yang tidak wajar,namun kerana pertembungan dan perlakuan Kerajaan hari ini memaksa mereka mahasiswa berlaku sedemikian.
Mungkin setiap orang ada pendapat tersendiri namun pendapat aku tetap jua menganggap meraka ini pejuang yang berjuang untuk kita semua walaupun memang ada perbuatan mereka yang aku sedikit tidak setuju. Aku beranggapan, mereka ini TERPAKSA menjadi gila kerana berhadapan dengan REJIM yang gila.
Aku tidak maksudkan DBKL yang gila, dan tidak juga maksudkan POLIS yang gila, meraka itu semua hanyalah mengikut arahan dan sesungguhnya, pertembungan yang sebenarnya berlaku adalah antara Mahasiswa dengan Kerajaan Malaysia. Pertembungan antara Mahasiswa dengan Dbkl/Polis hanyalah pertembungan memenuhi kekerluan tuntutan. Dipihak Mahasiswa, mereka terpaksa mempertahankan khemah mereka daripada dirobohkan dan dipihak DBKL pula meraka terpaksa meroboh khemah hanya mengikut arahan pihak atasan.
Aku cuma anggap perkara itu seperti angin yang lalu. Dan aku doakan semoga perjuang anda berjaya dan kita jumpa 28 April ini. Ayuh semua kita berjumpa DUDUK dan BANTAH 28 April ini.
gambar ni aku cedok daripada Abah Anas.
No comments:
Post a Comment