Monday, April 16, 2012

Sanggupkah ibubapa mahasiswa berdemo menerima anaknya sebagai pengganas?

Ini gambar demo di INDON. Dan jangan sampai Mahasiswa kita juga bertindak sedemikian!

Sanggupkah ibubapa kepada anak-anak yang kini sedang berkhemah di kawasan Dataran Merdeka untuk menuntut pengajian tinggi percuma iyu dianggap sebagai pengganas atau pengkhinat negara. Sanggupkah kaum ibu yang mengandung 9 bulan itu mendengar cakap-cakap orang bahawa anaknya kini adalah musuh negara. Sanggupkah bapa yang menyara anak-anaknya bersekolah namun kini dianggap manusia yang paling bodoh dalam negara.

Sejarah telah tercipta, banyak pejuang-pejuang yang telah pergi meninggalkan kita dengan nama yang tidak enak. Ada yang digelar pengganas, pengkhinat dan pelbagai lagi nama yang melekat sehingga ke hari ini walaupun beliau telah lama tiada di dunia. Walaupun perjuangannya dalah murni dan mulia, namun belum tentu pandangan itu sama dengan pandangan masyarakat.

lihat sahaja nasib Allayarham Hassan Munas yang sehingga kini digelar pengganas. Al fatihah untuk Allayarham Hassan Munas. Walaupun sebelum beliau melancar revolusi, Allahyarham seorang yang dianggap warak dan juga tempat pertanyaan jika ada masalah dalam bab-bab agama. Sebelum beliau melancarkan perang revolusi beliau hanyalah seorang guru yang mengajar kanak-kanak membaca al-quran dan mengajar penduduk kampung ilmu agama. Namun apabila beliau tidak dibenarkan menyampaikan agama islam dan marahnya beliau apabila cukai yang semacam GST diperkanalkan. Bayangkan ketika itu, segala macam dikenakan cukai, daripada sejunjung sireh hinggalah kepada seekor lembu dikenakan cukai. Marah dengan udang-undang itu, Allayarham Hassan Munas telah mengajak orang kampung untuk tidak membayar cukai itu dan menyebabkan kutipan yang biasanya memberi keuntungan telah membawa kepada kerugian.

Apabila Allayarham Hassan tidak mahu membayar cukai lalu datanglah sepasukan polis datang untuk berjumpa dengannya. Berlaku perkelahian lalu berlaku bergaduhan dan menyebabkan Sarjan Polis yang bertugas itu terbubuh. Lalu Allayarham Hassan dituduh pemberontak dan selepas beberapa peristiwa fitnah, lalu Allayarham Hassan telah melancarkan revolusi dan membuat negara sendiri dan beliau telah dilantik Perdana Menteri. Namun pada perang jihad Allayarham Hassan atau lebih dikenali Tok Janggut telah syahid dan kembali ke rahmtullah untuk selama-lamanya. Mayatnya telah dibawa dengan kereta lembu yang memakan masa dalam satu hari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Tok Janggut telah dianggap penderhaka oleh BRITISH kerana melawannya.

Seperti juga anak-anak muda yang menduduki kawasan Dataran Merdeka yang menuntut PENDIDIKAN PERCUMA perjuang mereka telah dimanipulasi, mereka berdemo dan berkhemah di kawasan Dataran Merdeka itu kerana tidak mahu membayar hutang. Cara yang sama BRITISH guna untuk memanipulasi perjuang TOK JANGGUT. Siapakah yang meniru gaya British ini? Adakah UMNO yang memang partinya wujud amat disukai oleh BRITSH ketika permulaan penubuhannya. Adakah ini kebetulan atau memang UMNO mengguna formula yang sama?

Berbalik pada persoalan yang asal dimana adakah para ibubapa kepada mahasiswa yang berkhemah itu berbangga dengan anak-anaknya pada hari ini. Sejak kebangkitan mahasiswa bangkit dalam isu AUKU dan PENDIDIKAN PERCUMA para pembodek Kerajaan IPT/IPTS telah melancarkan serangan perang saraf terhadap para ibubapa kononya meraka (para mahasiswa aspirasi) adalah contoh yang terbaik dan pro mahasiswa adalah mahasiswa yang tidak berguna berbanding mereka (aspirasi mahasiswa) Namun, yakin dan percayalah, para ibubapa bukan bodoh macam kamu, segala macam maklumat mereka tidak lagi percaya bulat-bulat dan menelan akhbar utusan atau tv3 semata-mata. Mereka sudah pandai mencari maklumat yang benar dan menolak maklumat palsu.

Maka jika ditanya adakah para ibubapa adakah mereka malu mempunyai anak-anak yang bersemangat juang itu. Mereka pastu dengan bangga memberithu, mereka lagi berbangga mempunyai anak-anak yang bersifat juang daripada mempunyai anak-anak yang kaki pengampu dan penjilat. Dan kisah Tok Janggut yang menawan Pasir Puteh persih dengan kisah para mahasiswa yang kini sedang menawan Dataran Merdeka. Teruskan sahabat semua, Tok Janggut juga dianggap penderhaka oleh manusia-manusia yang buta sejarah dan pendek akal fikirannya. Aku akan ceritakan kisah perjuang kamu ini kepada anak cucuku dan aku yakin ketika itu mereka sudah pun merasai PENDIDIKAN PERCUMA. Selamat Berjuang semua!

1 comment:

  1. biar mati anak jangan mati hati untok menegakkan keadilan disisi allah swt.biar mati anak yang bangun melawan kemungkaran pemimpin yang menolak hukum allah swt.biar mati anak yang bangun menolak pemimpin yang tidak malu menipu merompak,merampas hak rakyat.biar mati anak demi masa anak anak mereka akan datang.

    ReplyDelete