Ana sejuta lagi pilu dan kecewa dengan anta wahai Mufti!
Kenapa anta begitu kisah muzakarah UMNO dan PAS. Apa maksud Mufti ini PAS tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.Apa maksud ‘ghulub’ atau melampau ekoran pendiriannya syarat untuk bermuzakarah bersama Umno. Apa maksud tuan Mufti ini. Mufti ini ahli poltik atau ahli mufti. Dia faham ke lingkaran parti politik. Dia faham ke apa itu UMNO. Dia tahu ke UMNO bawa K-Pop di Putrajaya di himpunan 2 juta belia 2012. Dia tahu ke Fathul bari cakap, himpunan 2 juta belia 2012 adalah haram. Kenapa Mat Mufti ini diam dan tidak sentuh langsung pasal ini? Dulu majlis mufti pernah berfatwa himpunan bersih adalah haram. Kenapa majlis mufti tidak mengeluarkan fatwa dalam isu ini. Sedang kami yang tidak ada kelayakan untuk mengeluarkan fatwa menunggu majlis mufti berfatwa tetapi kenapa majlis fatwa dan Harussani diam dan membisu? Sedangkan pada majlis itu, lelaki perampuan bercampuar gaul, bawa pula artis K-pop separuh bogel dan langsung tiada pengisian agama.
Dimana suara majlis mufti?
Dalam sibuk orang menunggu majlis fatwa berfatwa , tiba-tiba Mat Mufti ini cakap pasal muzakarah. Kononnya kecewa sebab PAS meletakkan syarat. Takkan Pas nak terima begitu sahaja tawaran UMNO sedangkan UMNO sebelum ini paling kuat melawan PAS. Bukan setakat melawan bahkan pelbagai ejekan yang dilemparkan tiba-tiba disaat UMNO lemah dan PAS selesa bersama Pakatan Rakyat diajak bermuzakarah. Didalam solat juga kita ada syarat-syarat yang perlu diiukut inikan pula bermuzakarah dengan sebuah kumpulan yang menjadi lawan dalam kencah politik. Sesungguhnya kami menghargai usaha mufti itu, namun pada masa yang sama kami sedih bila Mufti ini ponteng kerja dimana disaat masyarakat menunggu fatwa mufti adakah haram atau halal himpunan 2 juta belia 2012.
Jika dulu, Harussani pernah berfatwa bahawa "sure heboh" adalah haram, kenapa kini mufti ini diam, kenapa tidak selantang dahuli. Kenapa hanya lantang dalam berpolitik. Jika sudah minat dengan dunia politik, tinggal dunia mufti, masuklah politik. Harussani harus terlibat dalam usaha memberi gambaran yang benar mengenai himpunan ini kerana sudah banyak pihak yang menyatakan himpunan 2 juta belia 2012 sebagai contoh Ustaz Fathul Bari juga berpendapat himpunan 2 juta belia 2012 adalah haram. Ini kerana, adakah himpunan seperti itu boleh lagikah diadakan dan bagaimana dengan penganjur yang membuat program ini. Pelbagai persoalan yang Harussani jawab tetapi beliau lebih cenderung dalam bidang politik. Ini bukan ponteng kerja namanyakan?
Ana juga tersangat kecewa dengan Tuan Mufti, ini kerana kenapa Tuan Mufti begitu kecewa sahaja dengan Pas yang meletakkan syarat, kenapa tidak kecewa dengan UMNO yang tidak boleh menerima syarat. Berat sangatkah syarat itu. Bukankah syarat itu adalah untuk kebaikan rakyat. Dan kenapa UMNO tidak boleh menerima syarat itu, atau umno hanya ingin mematuk PAS seperti mana pernah UMNO patuk. Sesungguhnya, umat islam yang bijak tidak akan dipatut kali ke dua, atas sebab itu maka PAS perlu meletakkan syarat-syarat yang harus diterima UMNO.
Kami juga merasa pelik, kenapa Ibrahim Ali tidak mencabar Harussani untuk mengeluarkan fatwa kerana bagi aku jelas, himpunan 2 juta belia 2012 hari itu lebih mendatangkan keburukkan daripada kebaikan dan banyak juga perbuatan maksiat yang berlaku dihimpuan itu. Dan jika himpunan ini diteruskan, aku khuatir masalah remaja akan terus berluasa.
Sesungguhnya, program yang dihidangkan dengan maksiat dan melalaikan itu bakal berdepan dengan masalah yang lebih besar dihari mendatang jika diteruskan. Kepada Mat Mufti ini, akun harap, pilihlah kerja mana yang anta lebih minat, jika anta lebih berminat dalam dunia politik, tinggalkan kerjaya mufti dan masuk ke dunia politik yang sebenar. Berikan kerusi mufti itu kepada Iman muda yang lebih ke depan dalam hal ini berbanding anta.
No comments:
Post a Comment