Tuesday, May 29, 2012

Tolak Topa Mamat juga satu perjuang!

Nama dia Topa Mamat. Asal mungkin dari planet jupiter kot. Ada percanggahan pendapat. Katanya dia ni berasal daripada Bachok tetapi sebab tak cukup kuat lari ke Jeli untuk bertanding Parlimen di sana. Tapi bagi aku, dia bukan anak Kelantan, pasal lagak gaya dan perjuang dia tidak pernah untuk rakyat Kelantan. Perjuangan dia hanya Najib dan Rosmah.

Ada yang cakap Topa Mamat ni jujur dan kuat berkerja. Bagi aku Topa Mamat ni bukan jujur, tapi sedo. Yea, dia pernah mengaku dialah diantara orang yang menyekat ekonomi Kelantan, atas dasar tu nak cakap jujur? Hancurlah sifat-sifat baik dalam makna jujur tu. Tu sedo kopa nama dia.

Ada juga yang puji melambung-lambung bahawa Topa Mamat ni kuat bekerja. Pencuri tayar kereta kancil pun kuat bekerja. Kuat bekerja belum menjamin lagi itu sifat terpuji. Sebab Topa Mamat kuat bukan untuk rakyat, dia kuat bekerja untuk pangkat!  Dia berkerja untuk pastikan jawatan menteri dan ahli parlimen terus dalam genggaman dia. Dan sekerang, dia dok angan-anagn nak jadi Menteri Besar Kelantan pula. Siapa yang angkat dia? Bukan rakyat, tapi Najib, sebab tu dia akan mempertahankan Najib sebab itulah sumber kekuatan dia dan dia berkerja bukan untuk rakyat tapi untuk Najib!

Apakah jasa-jasa si anak Mamat ini di Kelantan?

Takda langsung! Lagi pun masa dia jadi ahli dun Kelantan dia mengaku dialah antara orang yang menyekat ekonomi Kelantan. Dan sekarang, tugas dia di kelantan bukan membantu dan memberi keselesaan kepada rakyat Kelantan, tetapi tugasnya adalah memastikan rakyat Kelantan tidak selesa. Tengok sahaja responnya bila kerajaan Negeri Kelantan ingin membina lebihraya, sepatutnya, sebagai rakyat Kelantan walaupun berbeza parti, dia patut bersama-sama menolong apa yang patut bukannya menghalang dan menyindir usaha kerajaan Kelantan untuk memberi keselesaan. Disebab lantangnya Menteri inilah menjadi pemangkin kepada penyokong-penyokongnya terus menyindir dalam usaha kerajaan Kelantan memberi keselesaan kepada rakyat Kelantan. Topa Mamatlah kepala menyindir dan menghalang usaha ini!

Sudahlah dulu menyekat ekonomi Kelantan, kini tugasnya sebagai Menteri langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat Kelantan bahkan dengan sengaja memberi imej buruk kepada rakyat luar Kelantan sebagai contoh konon Kerajaan Pusat telah memberi wang kepada kerajaan Kelantan dalam meyelesaikan masalaha air sedangkan kerajaan hanya memberi pinjaman dan diletakkan pula pelbagai syarat da diberi secara berkala dalam 10 tahun. Namun Topa Mamat menfitnah kononnya kerajaan pusat telah memberi wang bukan berbentuk pinjaman. Itulah tugas Topa Mamat di Kelantan. Memberi imej buruk kepada Kelantan.

Maka dengan ini, aku secara terang lagi bersuluh, inging mengajak dan menghasut kepada anda semua supapa kita menolak Topa Mamat ini. Topa Mamat adalah individu yang harus ditolak bukan sahaja sebagai Bakal Menteri Besar, bahkan kita tolak juga dia jika di calonkan di dun mahupun Parlimen. Ingat Topa Mamat ingit PENGKHIANAT!!!


No comments:

Post a Comment