Video yang diupload kelmarin (10 Mei) telah berjaya menarik berpuluh ribu penonton. Namun jika dilihat pada komen di facebook dan ruang komen di youtube menunjukkan seolah-olah selepas ini setiap peserta BERSIH yang berjumlah hampir 500 000 ini akan memboikot para pelawak yang berlakon dalam video pendek ini.
Salah seorang kawan di facebook meluahkan rasa kecewanya bila Johan yang meraka anggap seolah-olah orang atas pagar tetapi tergamak untuk menerima lakonan yang jelas menghina peserta BERSIH dan pada masa yang sama menghina perjuang rakyat.
Manakala bekas para peminat Aflin pula sangat marah dengannya dan bertekad tidak akan menonton filem terbaru yang akan keluar iaitu filem "berani punya budak" dan ada yang mengugut untuk tidak terus menonton filem Aflin selepas ini. Bekas para peminat Aflin sebulat suara untuk tidak lagi menonton apa jua hasil tangan Aflin dek kerana kecewa dengan Aflin.
Namun rata-rata yang komen terhadap video menuju kepada Johan dimana mereka amat kecewa dengan johan. Ada diantara bekas para peminat johan ini juga merasa kecewa dan menyesal pengundinya (Johan) sehingga beliau memenanagi Anugerah Pelawak Popular dan kini sedang bertanding dalam pertandigan Super Spontan. Mereka semua bersepakat untuk MEMBOIKOT Johan dalam pertandingan SUPER SPONTAN itu.
Sehingga petang ini sudah hampir 3000 yang sudah di dislike di ruang youtube dan sudah muncul beberapa page di facebook yang MEMBOIKOT pelawak ini yang rata-ratanya kecewa bila pelawak ini mempersendakan perjuangan mereka.
Namun menurut admin di facebook Johan Raja Lawak FC telah meminta maaf dan perkara ini berlaku dalam tidak sengaja dimana pihak meraka telah menandatangani borang yang tidak diberi tajuk terlebih dahulu. Namun kerana pihaknya telah menandatangani perjanjian itu maka Johan terpaksa melakukannya demi tugasnya sebagai seorang pelakon. Namun pihaknya berjanji akan lebih berhati-hati menerima tawaran selepas ini.
Walaubagaimana pun masih ada peminatnya yang tidak berpuas hati dan meminta Johan meminta maaf secara terbuka dan dalam bentuk video dan bukannya melalui pembantunya. Mengenai Aflin atau mana-mana artis pelawak lagi dalam vidoe itu tidak pula sehebat respon peminat Johan. Mungkin peminat Johan teramat kecewa dengannya.
Bagi aku pula, itu hanya lakonan, takkanlah jika si Johan atau mana-mana pelakon itu berlaku watak seperti contoh watak perogol maka kita akan membencinya. Namun jika ditanya adakah aku akan mengundinya (Johan di Super Spontan) atau menonton filemnya (filem Aflin Syauki) maka aku juga sudah pasti tidak akan melakukanya.
Namun aku juga kesiankan Johan dan rakan-rakannya yang aku rasa mungkin mereka tiada pilihan sama seperti cikgu yang hadir mana-mana program Kerajaan bukan kerana sokong atau bencikan pembangkang tetapi keranaTERPAKSA.
Namun, Johan dan rakan-rakannya terpaksalah menerima kehilangan sebahagian BESAR peminatnya yang kecewa terhadap para pelawak itu. Mungkin itulah pulangan dengan apa yang mereka lakukan. Namun meraka masih punya jalan keluar kepada kemulut ini iaitu meminta maaf kecuali memang Johan dan rakan-rakan ingin memasuki dunia politik secara terus seperti mana Bob Lokman atau Aisyah yang kini seolah-olah artis naungan PAS.
Namun begitu, bagi aku, mereka ini tidak perlulah kita hina dan kutut mereka. Mungkin meraka tidak faham seperti yang kita faham. Dan mungkin mereka tidak terfikir bahawa dalam perhimpunan BERSIH yang berjumlah 500 000 itu ada juga yang meminati mereka.
Bagi aku pula, video ini tidak memberi kesan buruk pun pada BERSIH ia cuma memberi kesan buruk kepada Pelakon ini. Maka jika pelakon ini percaya apa yang mereka adalah betul, mereka boleh teruskan menerima tawaran lakonan itu. Namun jika anda rasa perbuatan anda melakonkan watak menghina perserta BERSIH itu silap dan anda sayangkan peminat anda, pohanlah maaf kepada para peserta BERSIH. Tepuk dada, tanya selere~
No comments:
Post a Comment