Bila keluar video seorang wanita memukul anak kecil maka ramai yang mula membuat andaian tanpa unsur periksa. Terus "membinatangkan" wanita tersebut dan tidak cukup dengan itu, "kita" juga terus menghukum wanita yang sedang rakam video ini kenapa hanya berdiam diri idak bertindak. Kenapa tidak disepak atau tumbuk je perempuan tu macam Rahim Noor tumbuk Anwar Ibrahim satu ketika duludulu. Tak pun tibai je macam Polis tibai peserta BERSIH 3.0 di dataran merdeka 28hb April baru-baru ini.
Video 4 minit 19 saat ini telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia yang dikongsi di Facebook. Ada yang memaki hamun perempuan ini dan mempertikai kenapa dia beranak jika tak pandai nak sayang anaknya itu. Ada juga yang terus melebel wanita ini lebih teruk sifatnya daripada seekor binatang. Ada juga mengutuk wanita yang merakam video ini tetapi mengapa tidak mengambil tindakan selain daripada merakam video itu. Aku berkebetulan telah diberitahu seorang sahabat tentang video ini yang telah dimuat turun di Blog Aduka mencuba untuk melihatnya. Dengan skim internet SKMM aku berjaya melihat video ini dikedai makan ketika sedang aku menjamu makan tengahhari. Aku cuba untuk melihat sampai habis video ini. Memang dalam hati aku segala macam binatang dalam zoo dan hutan aku sebut. Tak cukup binatang, segala organ perkumuhan jantan dan betina aku sebut dek kerana marahnya aku dengan perempuan tidak berhati perut itu.
Dengan pengunaan facebook mobile maka terbitlah status di facebook aku untuk meluahkan perasaan yang gundah dan geram apabila melihat video yang kejam itu. Begini status di wall facebook aku
"Hati ini berkecamuk melihat video sekor tino bodo duk tibai baby yg tak melawan. Aku merayu,sesiapa yg kenal @ ada cara utk cari tino tu,pakat2 cri dan hadap dio ke mahkamah. Aku serabut perut slagi tino tu dok kena igat!!! [via Celcom SMS]/"
Geramnya dihati tidak tertanggung lagi. Aku sampai tak mampu nak fokus bekerja mengigatkan adik kecil yang terus dipukul dan ingatan aku terus pada anak saudara aku yang mungkin sebaya dengan adik kecil yang dipukul itu. Dan dalam imiginasi aku jika aku memang berjumpa dengan wanita ini aku nak gores dengan garpu atas belakang dia dan aku nak jirus pula dengan air limau nipih biar dia pedih dan rasa bagaimana pedihnya hati ini melihat anak kecil tidak berdosa itu dipukul.
Habis je waktu bekerja aku terus on facebook. Di status facebook agak ramai yang juga semacam rasa dengan ku terhadap perempuan itu. Anggapan kita wanita ini adalah memiliki hati yang kejam dan sifat manusia dalam dirinya sudah tiada. Namun adakah itu benar, dek kerana marah kita lupa untuk cari cerita sebenar. Kita terus mencari salah, kita juga marahkan wanita yang merakam video ini kenapa hanya bersuara tetapi tidak bertindak. Namun dalam hati aku berbicara kita juga tetap sama dengan wanita yang merakam video itu jika kita hanya guna mulut sebagai wadah bertindak. Dek kerana itulah difacebook aku tadi, aku meminta kita yang melihat video ini bertindak, mungkin dengan mencari wanita ini dan hadapkannya ke mahkamah dan biar hakim yang bertauliah mengadili wanita ini.
Namun ini punca kepada dusta dunia, dimana kita melebihkan mata daripada akal waras yang ALLAH swt kurniakan kepada kita. Sebenarnya mata yang melihat ini bukan menipu, memang terjadinya kekejaman tetapi kenapa dan mengapa terjadi bukan boleh kita gunakan mata untuk menghakimi sesuatu perkara. Kita hanya punya mata yang boleh melihat dan bukannya berfikir. Sepatutnya segala keputusan dalam seharian bukan berdasarkan analisis daripada mata, mata hanya organ yang membantu tetapi seharusnya akal dan fikiran yang seharusnya menjadi ketua dalam menerbitkan keputusan apa yang diterjemahkan oleh mata.
Berikut adalah perkara sebenar yang berlaku
"STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
SUMBER FB PDRM.
Sumber tambahan mengesahkan bahawa wanita itu adalah tidak siuman.
Rupa-rupanya ramai diantara kita sebenarnta telah menghina seorang wanita gila. Seorang wanita yang tidak punyai keupyaan akal fikiran warasnya untuk membuat keputusan. Macam dalam cerita "Hantu Kak Limah Balik Rumah"Kenapa kita tidak dahulukan sifat mahmudah dalam sesuatu perkara, kenapa tidak langsung terlintas dalam fikiran ini bahawa budak ini telah dipukul seorang wanita gila. Wanita yang tidak mempunyai dosa dan pahala kerana yang layak mendapat dosa dan pahala adalah manusia yang mempunyai akal fikiran. Mungkin perasaan kesian dan yang tidak mampu ditolak kerana ia datang bukan kerana mendapat kad jemputan atau menerima pesanan sms untuk datang, tetapi ianya hadir secara tidak diminta. Namun itu bukanlah lesen yang sah untuk kita terus menjawat jawatan sebagai hakim untuk mengadili video di facebook/youtube itu. Dan jika sebelum ini ramai yang menghina wanita yang merakam video yang kononnya tidak berhati perut itulah yang merakam untuk dihantar kepada Polis sebagai bahan bukti dan sebelum telah pun dipukul namun tetap juga memberanikan diri berhadapan dengan wanita yang memukul anaknya sendiri itu hanya kerana TANGGUNGJAWAB.
Apakah dengan tersebarnya video ini dan kita sudah pun ada yang terlibat mungkin yang memberi komen atau yang berkongsi video ini hanya perlu mengangap perkara yang berlaku ini tidak ubah seperti angin lalu di petang hari. Bagi aku, ianya adalah suatu pengajaran yang perlu diambil berat. Ianya membuktikan bahawa mata dan telinga ini tidak boleh menjadi ketua untuk membuat keputusan, tidak kira dalam apa pun jua keadaan. Dalam soal mencari jodohkah, dalam soal mendengar ceritakah atau apa-apa jua yang melibatkan keperluan dalam memberi terjemahan untuk suatu keputusan maka perkara itu perlu bersama dengan melibatkan elemen yang menjadi wahyu utama kepada baginada Muhammad saw iaitu membaca. Membaca dalam eleman wahyu bukan hanya MEMBACA seperti mesin/komputer, ia mestilah didatangkan juga bersama penyiasatan dan penelitian berserta bukti-bukti yang kukuh barulah suatu keputusan boleh dicipta.
Maka, sempena musim PRU-13 jika benar Najib akan membubarkan parlimen 14 Mei , maka kita tidak boleh lagi membuat keputusan tanpa berlaku aktiviti penyiasatan. Jangan lagi kita mudah membuat keputusan, ingat, mata dan telinga bukan organ untuk membuat keputusan.
FIKIR DULU SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN!
No comments:
Post a Comment