Kini ramai yang hilang fokus. Mana hilang berita Najib Razak akan disepina di mahkamah Perancis? Mana pergi cerita pengalaman di tumbuk polis ketika duduk dan bantah BERSIH 3.0? Mana hilang semangat juang ke Putrajaya dengan pilihanraya yang adil dan BERSIH? Mana hilang semua tu? Mana pergi lembu-lembu NFC? Mana pergi Kisah Najib pakai rantai? Semua tu keno sorok bawah kopet hantu kopet lanjut ke?
Nampaknya ilmu pukau UMNO masih berbisa. Masih mampu mengubah kedudukan anda. Tanpa anda sedar, sedang anda sudah berada di jalan betul untuk jatuhkan UMNO, tiba-tiba anda mengubah kedudukan itu hanya kerana termakan dengan irama dangdut yang UMNO mainkan.
Siapa Rahim Noor ni? Adik Rosyam Nor kah? Mengapa lelaki yang pernah masuk penjara selama 2 bulan kerana menumbuk ini menjadi bahan bicara? Mengapa perlu ambik kisah dengannya. Adakah kita termakan dengan fitnahnya bahawa Tok Guru itu bapak kafir? Adakah orang kampung akan percaya dengan bekas banduan si kaki pukul ini? Dan jika terus menyerangnya adakah UMNO akan kalah pada PRU-13 ini.
Memang benar, amarah kita tentu membara bila ada manusia menghina Tok Guru kesayangan kita semua ini. Namun begitu , adakah si pembuka pintu kontroversi ini tidak tahu akan natijahnya dengan perbuatannya ini atau memang si penumbuk ini sudah bersedia untuk di saman 100 juta? Atau banduan penumbuk ini sememangnya mahu kita layan kenyataan itu dengan kata lain kita sebenarnya sedang menari mengikut irama lagu yang dimainkannya.
Mengapa tiba-tiba si banduan penumbuk ini hadir? Kenapa disaat kita semua hebat berbicara pengalaman BERSIH 3.0 dan penuh semngat dengan tuntutan BERSIH tiba-tiba teralih fokus dek marah yang hebat pada banduan yang pernah menerima 'Anugerah Tertinggi Perkasa'. Adakah ini adalah satu perancangan dan kita sudah pun mengikut sahaja perancangan yang dibuat ini?
Adakah jika ada seorang manusia gila memberitahu bahawa di Putrajaya itu ada bom maka kita akan hentikan perancangan ke Putrajaya hanya kerana ada maklumat daripada seorang manusia gila. Adakah kenyataan banduan itu akan menyebabkan undi kita semua akan pergi kepada UMNO.
Sedang umno rancak menyerang PAS adalah parti ajaran sesat dan pelbagai lagi tuduhan namun kita semua sedang rancak menyerang Bekas Ketua Polis Negara Malaysia yang kelima dan pada masa yang sama mungkin bertembungan kita dengan Polis semakin ketara. Mungkin pertembungan itu akan bertambah bencinya Polis pada Pakatan rakyat. Dan adakah kita perlu memusuhi Polis?
Bukan tidak peka dan tidak sensitif dengan fitnah bekas polis yang menjadi banduan ini. Namun kerana merasakan semua yang berlaku ini adalah agenda yang sengaja diadakan adalah lebih molek kita tidak mengikut rentaknya. Ini kerana, rentak kita yang menuntut PRU yang BERSIH adalah rentak yang paling sesuai buat masa ini. Dengan PRU yang BERSIH, bukan hanya saman RM100 juta akan kita kenakan pada bekas banduan ini, segala kes-kes dan bapak-bapak kes kita akan buka semula di depan hakim yang adil lagi bijaksana.
PRU-13 yang rasanya semakin hampir itu adalah punca kenapa tiba-tiba bekas banduan ini muncul. Mungkin untuk mengubah posisi yang sepatutnya kita berdepan dengan UMNO tiba-tiba kita "bergocoh" dengan bekas banduan yang sudah tidak punya apa-apa pun. Mereka sengaja wujudkan pintu kontroversi dan sensasi demi melalaikan kita dengan perkara yang sepatutnya.
Ayuh semua, bangkitlah dari pukau UMNO itu. Dasar umno adalah musuh yang patut kita hadapi, sistem yang korup perlu kita ubah dan bukannya melayan kerenah bekas banduan yang sudah tidak punya apa-apa kepentingan pun dalam dunia politik ini. Hanya kerana kita melayan maka bekas banduan ini tiba-tiba menjadi top semual. Tak perlu lagi menumbuk atau menerajang, kini bekas banduan kembali lagi. Kita semua serahkan perkara ini kepada pucuk pimpinan, biar mereka upah peguam dan saman bekas banduan ini dan kita semua terus menuntut pilihanraya yang BERSIH dan ADIL. Itulah kedudukan yang paling sesuai diambang PRU ini.
AYUH KITA BERSIHKAN PILIHANRAYA!
No comments:
Post a Comment