Sunday, June 17, 2012

Alhamdulillah Sultan aku tak beli no plat mahal!


Kisah nombor plat kereta sejak dua menjak ini sangat hebat diperkatakan sehingga berlaku himpunan menyatakan taat setia dan kasih mereka pada rakyat. Itu kisah di negeri orang lain.

Di negeri aku juga punya cerita pasal no plat kereta. Jika di Johor popular dengan no plat WWW1, Sultan kami Sultan Muhammad ke-5 juga punyai nombor yang glamer. Tuanku kami menggunakan no plat jawi MUHAMMAD 5 dan nombor plat hanyalah percuma. Seseorang Raja tidak punya masalah untuk menguna apa pun nombor plat kereta dan menurut seorang kawan, di Johor ada juga nombor plat TMJ kepunyaan kerabat Johor.

Ini menunjukkan Sultan boleh menggunakan nombor plat secara percuma (betul atau tidak aku tidak pasti) Namun begitu, aku merasa kagum dengan Sultan aku, Sultan Muhammad ke-5 bila sanggup menggunaka nombor plat tulisan jawi yang hampir sekian lama tidak diguna kecuali di billboard kelantan  yang masih mewajibkan penggunaan tulisan jawi. Allahamdullillah kami punya Sultan yang sealiran dengan Kerajaan Negeri kami yang dicintai Negeri Kelantan.

Sultan aku Sultan Muhammad ke-5 memang layak untuk disayangi rakyat. Dan ini bukan ayat bodek dan aku tahu Sultan Muhammad ke-5 tak baca pun blog picisan macam blog aku ini. Namun kasih sayang aku terhadap Sultan aku ini betul-betul wujud dan memang wajar Sultan aku Sultan Kelantan wajar untuk disayangi semua rakyatnya.

Sultan kami Sultan Muhammd ke-5 adalah seorang Sultan yang sangat dekat dengan rakyat dan betul-betul berjiwa rakyat. Tuanku jikalau bukan pada majlis rasmi biasa berpakaian seperti rakyat biasa. Cukup dengan jubah dan kopiah putih dan biasa bersama rakyat untuk bersembahyang berjemaah dengan rakyat.

Sultan Muhammd ke-5 juga telah mengejutkan apabila menukarseruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar” dengan harapan  siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala.  Itulah Sultan kami yang sentiasa memikir tentang rakyat.

Dan yang paling kami bangga dengan Sultan adalah perhubungan baik dengan Tok Guru yang juga merupakan kesayangan rakyat. Hubungan mereka berdua telah rapat sebelum bergelar Sultan Muhammad ke-5 lagi. Jika dilihat pada gambar yang diupload, banyak gambar Tuanku bersama Tok Guru dan memperlihatkan hubungan yang bersulam dengan kasih dan sayang. Betapa bertuahnya kami rakyat Kelantan punyai Sultan dan Menteri Besar sedemikian rupa. Alhamdulillah.

Sultan kami sentiasa memikir tentang rakyat dan bersama menyokong perjuang rakyat dalam tuntutan royalti dan pendaratan minyak dan gas di Kelantan. Tuanku juga pernah bertitah pada sidang DUN  supya gas dan minyak didaratkan di bachok dan telah memberi 4000 ekar tanah untuk membuat zon indutri petroleum di Bachok namun telah disekat oleh beberapa penderhaka Kelantan.

Sebagai tanda Tuanku masih bersama dalam perjuang menuntut royalti dan pendaratan minyak dan gas di Kelantan apabila Tuanku  mencemar duli dengan menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum ketika melawat Booth ROYALTI yang diusahakan oleh sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012. Alhamdulillah kami punya Sultan begini.

Dan aku sentiasa berdoa dengan ikhlas hati bukan kerana bodek supaya Sultan kami Sultan Muhammad ke-5 diberi kesihatan yang baik dan dapat melaksanakan amanah seperti Sultan Muhammad ke-3 Sultan Mansur Shah yang taat kepada agama dan suka berdamping dengan ulama. Sultan Muhammad ke-3 juga melaksanakan undang-undang islam. Dan aku melihat Sultan Muhammad ke-5 persis Sultan Muhammad ke-3.
Alhamdulillah.

2 comments:

  1. Alhamdulillah Sultan aku tak beli no plat mahal! so RTM/TV3/UTUSAN n lain2 media provokasi sultan tidak berpeluang memperbodohkan sultan aku! Allahu Akhbar!!!

    ReplyDelete
  2. tapi yang keturunan Temenggung tu berlagak nak mampos.Tak sedar diri.

    ReplyDelete