Wednesday, June 20, 2012

Ada cubaan jatuhkan Husam Musa!


Usaha untuk melaga-laga Tok Guru dan Husam tidak akan berjaya.

Setelah pelbagai kejayaan di Kelantan yang Husam Musa bawa seperti, Ekspo Cheng Ho,  Pembinaan Lebuhraya KB-KK, projek pembinaan kompleks sukan dan stadium , Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan kejayaan dan perncapaian Pencapaian Kelantan Gold Trade (KGT) sepanjang tahun ini begitu membanggakan sehingga mencecah jualan bersih dinar dan dirham berjumlah RM40,947,972 ini betul-betul dicemburi musuhnya. Walaupun pelbagai usaha untuk menjatuhkan beliau namun sehingga ke hari ini beliau masih cekal mengharungi musuh-musuhnya dan dengan izin ALLAH swt Kelantan kini mampu berdiri megah walaupun tanpa bantuan Kerajaan Pusat bahkan disekat pelbagai kemudahan dan yang lagi teruk dihalang pelbagai cara demi untuk melihat Kelantan terus mundur.

Melihat kepada serangan musah itu jelas membuktikan bahawa segala usahanya adalah begitu hebat dan kini sedang dicemburi "musuh-musuhnya" Ini dibuktikan apabila terkeluar di muka depan akhbar Utusan tentang skandal dinar emas yang jelas menyerang beliau. Jika sebelum ini pimpinan Pakatan Rakyat hanya diserang kisah peribadi di Utusan namun berbeza dengan Husam Musa yang diserang secara halus dan penuh fakta yang menunjukkan mereka yang berniat jahat itu sangat takut dengan kemaraan Husam Musa.

Seperti pepatah yang biasa diguna  Dato' Seri Anwar Ibrahim, "apabila malam semakin pekat, itu tanda fajar semakin dekat"  jelas menunjukkan UMNO kini sedang melancarkan pelbagai serangan terakhirnya kerana sudah sedar, mereka kini sedang berdepan dengan lubang kubur. Walaubagaimana pun, rakyat yang kini lebih mempercayai media baru dengan lebih bijak mencari maklumat dan tidak akan termakan dengan fitnah-fitnah yang berkepentingan itu. Dan rakyat juga akan terus bersama Husam Musa walau lebat mana pun fitnah. 

Semoga kepada penyebar dan perangcang fitnah itu agar dapat berfikir lebih panjang sebelum membuat kerja-kerja bodoh itu. Kerja-kerja anda yang berkepentingan itu tidak akan berjaya kerana sesungguhnya, walau hebat mana pun anda merancang, yang maha merancang jugalah yang menentukan segala-galanya. Dan kami rakyat tidak akan mudah mempercayai segala macam berita yang sampai ke telinga kami, sesungguhnya kami tahu menilai yang mana kertas dan emas. Sebab itu kami sokong dinar emas kerana ianya lebih berharga daripada wang kertas yang sebenarnya tidak bernilai pun. 


No comments:

Post a Comment