Wednesday, June 20, 2012

Kickdefella tak payah nak tunjuk pondan!

Ini situasi ketika Husam adalah bosnya. 
Jika dulu kau anggap Husam itu macam ayah kau, kini bila kau sudah tidak bekerja dengannya kau bantai bos lama kau. Perangai macam ini orang kata jenis manusia yang tidak perprinsip, mudah untuk dijual dan dibeli.

Dan kau tak payah nak buat cara orang pondan berjuang! Jika kau berani dengan fitnah yang kau lemparkan  berkenaan dengan dinar dan dirham itu, silalah kemukakan bukti. Jangan jadikan fitnah untuk cari makan. 

Untuk pengetahuan kau, rakyat Kelantan lebih berminat dengan emas daripada kertas dan rakyat Kelantan tidak bodoh untuk menerima sistem yang dicipta yahudi. 

Dan aku sekali lagi mencabar, kau jangan bersikap pondan, jika kau berani dengan hujah kau tu, sila kemukan dokumen dan bukti buat laporan polis atau pun SPRM. Dan jika kau nak buat laporan polis, aku cabar kau buat di Kelantan. Jangan jadi pondan dan buktikan kejantan kau tu.

Dan aku juga tertanya-tanya, jika benarlah KGT dilanda masalah, bagaimana pelbagai syarikat luar Negara berminat berurusan dengan KGT dan jika benar ada rasuah, kenapa masih berlakunya Konvensyen Halal  Berasaskan Dinar Dirham sempena Ekspo Perdagangan Dunia Islam yang dihadiri pelbagai wakil luar negera. Kenapa mereka tidak memboikot atau Husam Musa ini terlalu cerdik sehingga wakil-wakil luar negara pun beliau mampu tipu. 

Kepada Kickdefella, masih kau ingat kau pernah bercerita Tok Guru pernah menasihati kau ketika kecil supaya jaga dengan elok tangan kau kerana kau sangka Tok Guru tertukar dengan abang kau yang jarinya tersempit. Aku rasa, Tok Guru memang nak kau jaga tangan kau, jangan kau guna tangan kau itu untuk menfitnah, jika kau dipihak yang benar, silalah kemukakan bukti,  jangan kerana duit kau sanggup gadai meruah kau. Masih ada jalan pulang!

2 comments: