Terima kasih kepada Utusan kerana mempromosi tentang kewujudan Dinar dan Dirham di Kelantan. Mungkin sebelum ini masih ada yang tidak sedar akan kewujudan sistem ini. Namun dengan izinNYA walaupun niat sebenar UTUSAN adalah untuk menfitnah Kerajaan Negeri Kelantan.
Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui pencapaian Dinar dan Dirham Kelantan bahawa hujung tahun lepas Dinar dan Dirham Kelantan telah pun mencapai keuntungan sehingga melebihi RM40 juta pada masa yang sama anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan Gold Trade (KGT) diantara anak syarikat yang paling aktif dalam urusan jual beli.
Sebelum ini seorang bloggers yang mengaku kucing kurap telah membuat fitnah terhadap KGT kononnya mempunyai masalah dan melakukan aktiviti yang meragukan. Namun kejayaan Expo Perdagangan Dunia Islam & Konvensyen Halal Berasaskan Dinar & Dirham telah menutup fitnah si kucing kurap itu.
Expo Perdagangan Halal Sedunia yang telah berlangsung pada15 hingga 21 Jun itu telah mencapai keuntungan yang besar sehingga mencapai keuntungan sebanyak RM500 000 hanya setelah 5 hari konvensyen itu berlangsung.
Maka jelas, rakyat Kelantan adalah rakyat yang cerdik, walaupun kucing kurap dan kuncu-kuncunya itu begitu hebat membuat fitnah, namun rakyat Kelantan pandai memilih antara manusia dan kucing kurap!
No comments:
Post a Comment