Friday, June 22, 2012

Semoga Kajol dikekalkan hidayah

Peguam Syariah tersohor dalam Malaysia Mohd Zaki bersama Mohd Hafiz Jeffri/Kajol selepas mendengar keputusan rayuan,


Kajol atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Jeffri mengecut ramai apabila hadir ke mahkamah dengan kopiah putih dan menyatakan beliau akan berubah. Menurut beliau, kes ini banyak memberi pengajaran buatnya.

"Mahkamah Tinggi Syariah menerima rayuan terhadap hukuman berkenaan dan Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam keputusannya turut menangguhkan pelaksanaan hukuman itu selama setahun  Bagaimanapun, Kajol disyaratkan berkelakuan baik dan tidak mengulangi kesalahan sama sepanjang tempoh berkenaan – Hmetro"

Tahniah kepada  Mohd Hafiz Jeffri kerana telah mendapat hidayah ALLAH swt. "ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125). "

Doakan semoga beliau terus dikekalkan hidayah dan doakan kita juga semoga dikekal dan mendapat hidayah daripadaNYA. Sesungguhnya, jika sebelum ini saudara  Mohd Hafiz Jeffri  mengatakan sanggup mati daripada berubah (menjadi lelaki sejati) namun hari ini dengan hidayahNYA, semuanya mampu berubah.

No comments:

Post a Comment