"Dengan ini kita mengistiharkan perang terhadap Husam" kata-kata ini keluar daripada mulut gedebe Bekas Ketua AMK (PKR) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad. Beliau kini sudah pun menyertai UMNO kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Diantara yang bersama mereka adalah saudara Jogho Kelate yang dulu pernah menghina kerja-kerja mulia agama iaitu menderma dengan memberi derma yang tidak boleh diguna pakai kerana tidak berpuas hati dengan Kerajaan Negeri Kelantan menyeru rakyat untuk bersama membuat kebajikan dengan menderma dalam projek pembinaan lebuhraya rakyat.
Turut bersama dalam pengistiharan perang itu adalah seorang penderhaka kepada bos lamanya Datuk Husam iaitu "Kickdefella" Pengistiharan perang yang dibuat oleh bekas AMK Kelantan itu bertujuan untuk menuntut Husam memberi penjelasan mengenai kemelut Dinar dan Dirham di Kelantan.
Kickdefella yang menerima gelaran kucing kurap itu memberitahu bahawa perjuang ini adalah perjuang mulia dan bukannya dibuat demi menghadapi pilihanraya dan bukan perjuang emosi. Beliau yang menimbulkan isu dan meminta Husam untuk menjawab persoalan meraka.
Husam sudah jawab soalan dan mencabar membuat laporan polis.
Kickdefella telah membuat lawak yang tidak kelakar dengan meminta menjawab soalan dengan betul dan jangan membuat jenaka. Pada masa yang sama Kicdefella membuat kelakar dengan meminta Sabri Yunus memasukkan Husam dalam rancangan TV Karoot Komedia X. Kononnya dengan memasukkan unsur program telesyen tu tak buat kelakar ke? Ini bukan kelakar, ini menyampah namanya?
Memang benarlah di dalam akbar Utusan tidak akan keluar jawapan Husam, lagi pun Husam sendiri tidak sudah 2 kali menyaman dan memenangi kes saman terhadap Utusan dan akan saman lagi untuk kali ke-2. Maka sudah pasti berita jawapan Husam itu tidak keluar.
Tetapi berbeza jika baca akhbar yang tidak mengampu dan ada mutu pemberitaan. Mereka akan melaporkan berita dengan fakta yang jelas berbeza dengan Utusan yang disifatkan 100% adalah karut.
Jika Kickdefella mahukan kebenaran, Husam telah mencabarnya untuk membuat laporan polis dan menamakan pegawai yang kononnya menyeleweng di dalam KGT. Jangan hanya pandai menulis di blog, kerana yang berlaku di blog hanyalah persepsi, jika ingin membuktikan kebenaran, beri bukti dengan jelas dan buat laporan SPRM atau polis. (masih percayakah pada SPRM yang kau pernah didakwa kerana membalikkan logo SPRM itu)
Jika Kickdefella dan kawan-kawannya ingin terus berlawan dan berperang, maka aku menyahut cabaran itu. Taraf Kickdefella bukan dengan Husam, tetapi cukuplah dengan kami. Dengan ini aku mengistihar lawan perang kamu dan sesiapa yang berminat jom bersama. Kita lawan geng-geng pelawak tak kelakar ini.
No comments:
Post a Comment