Saturday, June 23, 2012

Apakah maksud semangat 1978 bermula?





Apakah maksud semangat 1978 bermula? Adakah si Jogho ini ingin meniru politik kotor dahulu dengan memisahkan pilihanraya Kelantan yang dilakukan secara berasingan dengan negeri lain satu ketika dahulu. Adakah ini merupakan satu ugutan berniat jahat untuk menghuru-harakan Kerajaan Negeri Kelantan.

Terdahulu, pada tahun 1978, beberapa demotrasi "olok-olok" telah dirancang bagi melaksanakan MAGERAN untuk melancarkan rancangan jahat UMNO untuk menawan Kelantan dengan memisahkan pilihanraya negeri dan parlimen secara berasingan. Sama seperti Johgo dan para sahabatnya lakukan yang sebelum ini pernah mengadakan demostrasi depan SUK dan kali ini sedang merancang  demostrasi kononnya dengan membawa semangat 1978. Semangat untuk mendaruratkan Kelantan?


1978 Kelantan telah diistihar darurat dalam dengan alasan yang tidak munasabah oleh kerajaan Pusat demi memaksa pilihanraya diadakan dalam keadaan PAS Kelantan tidak bersedia dan dilakukan dalam keadaan tertekan.Ketika itu juga, fitnah yang dilontarkan tidk ubah seperti bom yang meletup dibumi Afganistan.

Kenyataan Jogho ini merupakan satu kenyataan yang berbau hasutan dan berniat jahat kepada Kerajaan Kelantan. Bayangkan jika ini adalah kenyataan dibuat oleh bloggers atau facebokers Pakatan Rakyat.Sudah pasti kami yang membuat kenyataan yang kononnya berbau hasutan itu akan ditangkap dengan alasan kononnya mampu mengancam keamanan dan kestabilan negara.

Bayangkan jika ada dikalangan kami yang membangkitkan semangat 1985, semangat para syahadah memali yang syahid. Kami yakin dan percaya kami akan ditangkap dan dituduh penganas dan mungkin akan dipenjara tanpa bicara.

Sesungguhnya, kenyataan ini harus diambil berat kerana beliau seolah-olah dengan sengaja ingin meletakkan negeri Kelantan dalam keadaan yang tidak aman bahkan perkara ini adalah seperti tidak menghormati Kuasa Sultan yang boleh menggunakan budibicara untuk membubarkan dun dan bukannya dengan mengunkit sejarah hitam yang telah meletakkan Kelantan dalam keadaan darurat.

No comments:

Post a Comment