Sunday, June 24, 2012

Si gagal jadi Pengerusi Petronas


Perdana Menteri yang diberi jolokan bapa pengemuman sekali lagi membuat satu lagi pengemuman yang membuat kita semua terkejut dan mungkin menangis. Perdana Menteri hari ini telah membuat pengemuman dengan melantik bekas ketua setiausaha negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai pengerusi Petronas.

Siapa Tan Sri Sidek?

Ingatkah anda dengan isu Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumum Najib satu ketika namun kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) kerana ketidakcekapan seorang Ketua Setiausaha kepada Kerajaan. Perkara ini juga boleh dimuatkan di dalam buku "book of record malaysia" dimana buat pertama kalinya sesebuah belanjawan yang diumum Perdana Menteri terpaksa ditarik balik. Tetapi tidak mengecutkan aku kerana bagi aku, Najib adalah bapa pengemuman dan memang kerja dia mengumum je.

Skandal SBPA tidak terhenti disitu kerana 36 pegawai atasan sudah pun menerima gaji yang berjumlah daripada RM30 000 hinggalah ke RM60 000. 36 pegawai ini telah menerima gaji selama 2 bulan dan diminta untuk mengembalikan kembali wang tersebut. Pemberian kembali itu berlaku atau tidak, aku tidak tahu kerana bapa pengemuman tidak pun mengumumkan perkara tersebut.

Selepas perkara itu berlaku, ramai yang mendesak supaya Tan Sri Mohd Sidek Hassan selaku ketua setiausaha negara (KSN) meletakkan jawatan. Namun desakan itu tidak dihirau sehinggalah ke hari ini kontrak beliau sebagai ketua setiausaha negara (KSN) yang bermula 2006 dimana kontraknya disambung sehingga 3 kali bermula 2009 hinggalah 2012 kononya atas dasar perkhidmatannya cemerlang. (Cemerlang pada pandangan Najib dan kita memang berbeza)

Lagi pengumuman dan kenyataan bengon daripada PM.

Atas dasar menghargai kepimpinan dan intergriti Tan Sri Mohd Sidek dan kononnya telah berkhidamat dengan cemerlang maka beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Petronas yang baru (menurut pandangan Najib atau Rosmah aku tidak pasti) Najib juga yakin Tan Sri Mohd Sidek akan dapat meningkatkan hubungan Petronas dan Kerajaan. 

Merapatkan Petronas dengan Kerajaankah atau merapatkan kocet Najib dengan Petronas?

Kita sedia maklmum, sebelum ini Pengerusi Petronas adalah dikalangan profesional seperti Tan Sri Hassan Merican yang memang banyak berjasa namun kini khidmatnya telah diguna pakai oleh Negara Singapura. Namun dengan pelantikan Tan Sri Mohd Sidek yang merupakan bekas pegawai tinggi kerajaan bersara seolah-olah ingin membunuh Petronas. Dan aku juga sangsi mengapa si Tan Sri Mohd Sidek yang dianggap pegawai yang gagal dan dibenci ramai pegawai Kerajaan kerana dalam kegagalan SBPA ini dilantik Najib. Sedangkan perbuatan Tan Sri Mohd Sidek ini telah memalukan Najib dan juga dianggap gagal untuk menyelami aspirasi Najib. Atau memang perkara itu dirancang tidak pula diumum Najib bapa pengumuman.

Krisis Royalti Kelantan akan terus berpanjangan.

Aku juga menduga krisis ROYALTI Kelantan akan terus berpanjangan kerana yang duduk di kerusi Pengerusi Petronas itu adalah balaci Najib dan aku juga rasa wang Petronas selepas ini akan banyak pergi kepada Najib berbanding kepada Negara. Aku mendesak agar Najib selaku bapa pengumuman membuat pengumuman bahawa pelantikan Tan Sri Mohd Sidek sebagai Pengerusi Petronas itu adalah gurauan Najib seperti mana yang berlaku dalam krisi Skandal SPBA.

Gerakan R perlu mendesak!

Gerakan R daripada Kelantan yang menuntut royalti perlu mendesak supaya pelantikan Tan Sri Mohd Sidek ditarik balik. Jika Tan Sri Mohd Sidek terus dilantik sebagai Pengerusi Petronas, seharusnya rakyat harus mengamuk. Bagaimana seorang yang gagal dalam jawatannya sebagai Pegawai Kerajaan satu ketika dahulu ingin diberi jawatan yang penting. Melantik Tan Sri Mohd Sidek sebagai Pengerusi Petronas samalah seperti melantik "tukang cuci jambang" sebagai penjual minyak wangi.

Boikot PETRONAS besar-besaran jika Tan Sri Mohd Sidek Pengerusi Petronas?

Aku ingin menghasut sekalin manusia dibumi Malaysia ini, jika benar dan Tan Sri Mohd Sidek akan menjadi Pengerusi Petroans yang baru, aku ingin mengajak anda semua MEMBOIKOT Petronas. Jika suara rakyat yang mahukan golongan Profesional memang jawatan itu namun kerana si Tan Sri Mohd Sidek adalah balaci Najib maka dia dilantik sebagai Pengerusi Rakyat. Ini adalah penghinaan kepada rakyat. Seorang yang gagal dilantik jawatan penting. Kenapa Najib tak bagi je jawatan Perdana Menteri itu kepada Tan Sri Mohd Sidek.


No comments:

Post a Comment