"Walaupun cadangan pendaratan gas dan minyak di pesisir pantai kita masih tidak diberi perhatian dalam ECER, saya masihlah memandang kepentingannya sebagai sesuatu yang bersifat mendesak."
Itu diantara ucapan Tok Guru ketika di Majlis Pelancaran Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur pada 28 Oktober 2007. Tok Guru juga memberitahu bahawa Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti emas hitam anugerah ALLAH swt itu sejak 10 tahun yang lalu ( ketika itu tahun 2007)
Tok Guru juga telah merayu pada ucapnnya itu dengan meminta gas dan minyak didaratkan di pantai Senok Bachok dan Kerajaan Negeri telah meluluskan penubuhan sebuah jeti penghantar (supply base) di Pengkalan Kubur, Tumpat, khusus untuk sokongan kerja penggerudian minyak dan gas di Joint Development Area (JDA) dengan Thailand dan Vietnam, di luar pesisir pantai Kelantan. Ini menunjukkan keseriusan Kerajaan Negeri Kelantan namun sejak tahun Pas mengambil alih Kelantan UMNO telah menafikan pelbagai hak Negeri Kelantan.
Pada Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Dewan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-12 dimana Sultan Muhammad ke-5 telah bertitah “Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan zon indutri petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi,”
Maka jelas, Gas dan minyak harus didaratkan di KELANTAN dan perjuang ini bukan perjaung baru, ini adalah perjaung Tok Guru sejak menjadi Menteri Besar Kelantan lagi dan diskong kuat oleh Sultan Muhammad ke-5 sebagai Sultan Kelantan.
Adakah kita sebagai rakyat masih lagi ragu-ragu akan anugerah emas daripada ALLAH swt ini. Adakah kita masih mampu untuk berdiam diri sedang harta negeri kita dipunggah sejak berzaman lagi. Dan adakah kita mampu untuk berdiam diri sedang Tok Guru dan Sultan kita sendiri berjuang untuk mendapatkan hak rakyat Kelantan.
Dan kepada pimpinan UMNO, adalah biadapnya kamu sekiranya masih mahu menafikan hak-hak rakyat Negeri ini kerana Sultan sendiri telah bertitah supaya gas dan minyak didaratkan Di Kelantan.
Kepada pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan, adakah anda hanya mahu melihat Titah Sultan dan desakan Tok Guru ini hanya menjadi lipatan sejarah. Sepatutnya, amanat Tok Guru ini harus menjadi perjuang semua pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan kerana ini buakn perjuang seseorang, tetapi ini perjuang Rakyat dan seharusnya pemimpin berada dibarisan hadapan bersama berjuang dalam mendapat Royalti berserta pendarat minayk dan gas di Kelantan.
Berdasarkan ucapan Tok Guru di Majlis Pelancaran Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, selepas itulah Tok Pa mengaku bahawa beliaulah diantara orang yang menyekat ekonomi negeri Kelantan. Adakah sekatan yang disebut Tok Pa itu adalah berkenaan dengan pendaratan minyak yang telah dijanjikan Tun Mahadhir dulu?
Aku berharap, semua rakyat Kelantan tidak mengira apa pun fahaman politik, marolah bersama dalam perjuang ini, perjuang ini bukan perjuang parti, tapi ini perjaung rakyat. Dan perjuang ini juga mendapat restu daripada Sultan kita. Ayuhlah kita bersama.
Ingat R ingat ROYALTI!
No comments:
Post a Comment