Ramai ahli UMNO mengatakan saudara Rafizi adalah pengkhiant dan melebal beliau sebagai kacang lupakan kulit dengan alasan beliau tidak berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana kononya beliau banyak makan jasa dengan PETRONAS.
Hujah mereka lagi, kenapa Rafizi berjuang bersama Pakatan Rakyat sedangkan PETRONAS yang kononnya tempat beliau makan jasa itu bukan diasas oleh Pakatan Rakyat. UMNO sentiasa lupa akan kebajikan dan kewajipan .
Bagi aku, isu ROYALTI Kelantan yang telah dinafikan hak itu adalah semoleknya jika saudara Rafizi bersama kami kerana segala pengalaman Rafizi di dalam PETRONAS banyak akan membantu usaha kami dalam perjuang ROYALTI ini.
Aku juga ingin memberi cadangan kepada Kerajaan Kelantan jika boleh, lantiklah Rafizi ini sebagai duta atau juru cakap ROYALTI ini supaya ia lebih global dan tidak hanya berlegar di Kelantan sahaja. Dan mungkin pengalamannya bekerja dengan PETRONAS boleh membongkar pelbagai lagi isu yang mungkin masih rahsia.
Sebagai contoh adakah PETRONAS betul-betul menggunakan paip untuk mengambil minyak atau hanya menggunakan kapal dan sebenarnya minyak Kelantan telah lama diambil menggunakan kapal. Namun aku tiada bukti maka ia tidak boleh disahihkan. Mungkin jika dengan kehadiran saudara Rafizi akan lebih rancak lagi dan mungkin isu pendaratn minyak dan gas yang telah dititah Sultan Muhammad ke-5 menjadi kenyataan.
Aku berharap, saudara Rafizi dapat meluangkan masa bersama perjuang kami dan berharap kerajaan Kelantan dapat mengambil peluang yang ada. Ingat R ingat ROYALTI.
INGAT R INGAT ROYALTI,INGAT R INGAT TU RAFIZI!!!.
ReplyDelete