Wednesday, June 13, 2012

Perjuangan R bukan perjuang PAS!

Ramai yang tertanya kenapa R tidak menggunakan warna Hijau sebagai warna tema. Bukankah warna merah itu sudah diguna pakai oleh "gelombang merah"

Perjuang R bukan memperjuang untuk memenangkan mana-mana calon untuk pilihanraya. Perjuang R adalah satu perjuangan RAKYAT untuk mendapatkan ROYALTI dan diberikan kepada Kerajaan Negeri yang dipilih rakyat. Ini bukan perjuang melobi atau perjuangan kepartian.

Namun begitu, aku secara peribadi berpendapat, UMNO sebagai kerajaan pusat tidak akan memberi ROYALTI kepada kerajaan Negeri sehinggalah UMNO yang menjadi Kerajaan Negeri.

Tawaran UMNO" Undi sahaja UMNO sebagai Kerajaan Negeri maka Royalti Kelantan akan dikembalikan"

Ini adalah tawaran yang UMNO beri pada rakyat Kelantan. Persoalan bagi aku, adakah negera Malaysia ini bapak UMNO yang punya? Kenapa sungguh "gedebe" membuat tawaran seolah-olah negara yang kita diami ini adalah bapak UMNO.

Ini negara kepunyaan ALLAH swt. UMNO tiada hak membuat tawaran gila macam tu. Dan untuk pengetahuan UMNO, sudah ada 3 buah negeri dibawah pemerintah Parti UMNO yang menjadi Kerajaan Negeri dan mendapat royalti namun ketoga-toga buah negeri itu sehingga ke hari ini masih mendapat status negeri TERMISKIN.

Maka aku berpendapat, UMNO tidak pandai menguruskan wang yang banyak dan UMNO tidak layak menjadi sebuah kerajaan Negeri bahkan tidak layak menjadi Kerajaan Pusat.  UMNO hanyalah layak menjadi parti pembangkang dan kerja-kerja UMNO hari ini juga bukan lagi menunjukkan sebuah parti pemerintah tetapi seolah-olah sebuah parti pembangkang.

Maka warna MERAH telah dipilih dalam perjuang R untuk menuntut ROYALTI dan pada masa yang sama menjunjung titah TUANKU SULTAN MUHAMMAD KE-5 yang bertitah gas dan minyak didaratkan di Bachok dan pihak Istana sudah pun memberi tanah unttuk dijadikan tempat pendaratan minyak dan gas.

Bermula hari ini, jika anda lihat MERAH ingatlah perjuang R seperti mana jika kita lihat KUNING kita akan ingat perjuangan BERSIH. Untuk gelombang Merah yang kini entah mana menghilang, kita berjuang untuk mendapat perhatian rakyat, kita berperang untuk mendapatkan warna MERAH. Kita lihat perjuang siapakah yang akan dilihat pada rakyat. Kita tengok, apakah rakyat akan ingat GELOMBANG MERAH jika tengok MERAH atau pun rakyat akan ingat perjuang R yang berjuang demi rakyat dan demi titah Tuanku Sulta Muhammad ke-5 dengab redha ALLAH swt.

No comments:

Post a Comment