Saturday, July 21, 2012

Jeming Hassan soal Ustaz Fathul Bari

   
  



Soalan aku pada Ustaz Fathul Bari " Pada 28hb 5 2012, di dalam  akhbar Utusan Malaysia, Ustaz pernah mengesa supaya kenyataan UNDI PAS MASUK SYURGA" itu ditarik balik. Persoalannya ialah, siapakah yang menyatakan "UNDI PAS MASUK SYURGA?" Siapa itu merujuk individu manakah yang mengeluarkan kenyataan itu. Aku inginkan nama, kerana di dalam Utusan jelas Ustaz Fathul Bari menggesa supaya kenyataan itu ditaik balik yang membawa maksud beliau pernah mendengar atau membaca kenyataan itu.

Soalan ke dua pula, " Adakah mengundi mana-mana parti yang memperjuangkan islam itu tidak membawa kepada mendapat pahala. 

Soalan ke tiga pula berkenaan dengan himpunan BERSIH yang sebelum ini pernah di "haram haram haramkan" oleh Ustaz Fathul Bari. Aku juga bertanya apakah hukum himpunan UMNO yang ketika itu berbentuk bakal dan kini berbentuk "telah" pun berlaku.  Himpunan UMNO yang telah berlaku didepan SUK bersama dengan himpunan ROYALTI. Aku bertanya bagi pihak TUKAR dan SEDAR yang merupakan NGO UMNO tentang hukum daripada ulamak muda UMNO ini.

Jawapan Fathul Bari.

Jawapan pertama memang berbentuk fakta yang ada betulnya namun ia tidak menjawab persoalan yang aku ajukan. Aku bertanya SIAPAKAH yang mengeluarkan kenyataan itu, namun Ustaz Fathul Bari lebih menerangkan dan mejelaskan kenyataan itu dan tidak menjawab soalan aku. Ini kerana soalan aku adalah SIAPAKAN, maka jawapannya mestilah individu yang mengeluarkan kenyataan itu. Namun aku tidak berjaya mendapat jawapan itu. Aku berharap jika Ustaz Fathul Bari terbaca artikel ini, aku masih berharap ustaz menjawab persoalan aku itu. " SIAPAKAH YANG MENYATAKAN UNDI PAS MASUK SYURGA SEHINGGA USTAZ MENGGESA SUPAYA MENARIK BALIK KENYATAAN ITU"

Jawab Fathul Bari soalan kedua.

Ustaz Fathul Bari tidak bersetuju dengan DEMOSTARSI. Beliau juga ada menyatakan asal usul demonstarsi (rujuk video)
Namun jika begitu, kenapa UMNO sehingga ke hari ini masih melakukan "DEMOSTARI" Apakah UMNO tetap tidak mendengar nasihat walaupun daripada ulamak mereka sendiri.  Namun Ustaz Fathul Bari juga menolak demostrasi kerana sangsi dengan keupayaan penganjur daripada berlakunya "huru hara" 

Huru hara dalam demostrasi?

Maksud Ustaz Fathul Bari tentang huru-hara dalam demostrasi adalah "provokasi" yang berlaku dalam demo seperti mana yang berlaku pada BERSIH 3.0. Ada benar apa yang Ustaz Fathul Bari hujahkan itu, namun aku lebih suka dengan penjelasan  Dr Asri Zainul Abidin yang tidak menyalahkan peserta demo atau pendemostran jika berlaku huru-hara namun menyatakan yang berdosa jika berlaku huru-hara dalam demostrasi yang harus menanggung dosa adalah "mereka" yang melakukan provokasi dan bukannya peserta yang hadir. 

Maka aku simpulkan, banyak persoalan yang tidak dijawab oleh Ustaz fathul Bari, namun secara individunya aku memuji sikap ustaz Fathul bari yang berani berdepan dan bukan berani dibelakang. Aku juga berdoa moga-moga Ustaz Fathul Bari akan keluar UMNO dan masuk PAS. Seperti mana teguran Dr Asri Zainul Abidin yang meminta Ustaz Fathul supaya menjadi penasihat kepada UMNO bukannya menjadi benteng UMNO. 



No comments:

Post a Comment