Sunday, July 22, 2012

Surat terbuka untuk anak-anak Polis yang bertugas BERSIH 3.0.





Sebuah luahan hati daripada anak dan adik kepada Pegawai Polis disebar di facebook maka aku sebagai bukan anak atau adik kepada Pegawai Polis ini pula luahan hati aku.
Luahan hati terbuka daripada anak dan adik kepada Pegawai Polis itu mungkin benar-benar daripada yang diucapkan adalah luahan hatinya dan mungkin juga ianya daripada dirinya yang menyelami hati seorang daripada warga Polis atau dirinya adalah penulis untuk membaiki imej polis yang kini dikejam teruk oleh masyarakat.

Dalam luahannya di facebook itu hanya berceritakan menganai situasi dan sebab kebencian yang timbul dalam soal BERSIH 3.0 terhadap anggota Polis. Maka surat terbuka kepada ahli keluarga atau penyokong polis ini juga hanya akan berkisar tentang BERSIH 3.0.

Dalam luahan ahli keluarga polis itu beliau merasa sedih dan tertekan bila kononnya "puak-puak pembangkang" ini menghina, memaki dan mencerca anggota Polis yang terlibat dalam operasi BERSIH 3.0 seolah-olah ahli keluarganya itu menerima gaji yang tidak halal. Sedangkan baginya, ayahnya itu adalah wira negara yang sanggup menggadai nyawa demi keselamatan negara.

Menurutnya lagi, pendemo BERSIH 3.0 lagi keji seolah-olah negara ini tidak berundang-undang dan pintu hatinya tertutup rapat dengan agenda BERSIH 3.0. Beliau juga menambah, jika negara ini akan hancur jika diberi kepada " puak YANG TAK PUNYA PERI KEMANUSIAAN ini"

Itulah diantara luahan salah seorang ahli keluarga polis di facebook. Aku secara peribadi tidak percaya pada luahan itu kerana setiap luahnya ada unsur-unsur politik. Bagi aku, ini adalah luahan daripada upahan dengan niat meraih simpati seperti mana yang TV3 lakukan.

Walaubagaimana pun, tegas ingin aku nyatakan, kami sebagai rakyat tidak pernah membenci polis dan kami sendiri jika berlaku jenayah atau apa-apa kes yang perlu melibatkan Polis maka kami akan menghubungi Polis. Sebagai contoh apa yang berlaku di Dataran Merdeka bila ada peristiwa dimana sekumpulan mahasiswa dan aktivis berkhemah telah diserang oleh gengster-gengster maka dengan spontan mereka yang ada disitu meminta polis memberi pertolongan. Itulah bukti keperluan polis terhadap masyarakat tidak pernah kendur.

Namun jika ada kejian dan penghinaan selepas kejadian BERSIH 3.0 di FACEBOOK itu tidak bermakna penghinaan itu mewakili seluruh peserta BERSIH 3.0. Mungkin yang menghina dan mencaci itu adalah perserta yang dipukul atau yang terkena gas pemedih mata dan mungkin juga yang menghina dan mencaci itu mempunyai salah seorang ahli keluarganya dipukul dan mungkin juga dirempoh kerata. Maka mungkin itu adalah luahan hatinya secara spontan yang amat marah dengan tindakan polis pada perhimpunan itu yang mengkasari peserta walaupun peserta yang hadir pada hari itu mahukan keamanan dengan slogan "DUDUK DAN BANTAH" Ada juga peserta yang hadir membawa bunga matahari simbul kepada keamanan dan ada yang sempat bergambar dengan polis sambil memberi bungan matahari juga simbul kepada perhimpunan ini adalah aman. Jika perhimpunan ini adalah bertujuan untuk menghuru-harakan negara, maka bukan bunga matahari yang dibawa, yang dibawa mungkin senjata yang tajam dan mungkin juga senjata yang boleh meletup. Namun tiada satu pun berita tentang terjumpanya senjata yang membahaya.

Namun yang begitu, tidak bermakna apabila polis bertindak liar pada hari maka menjadi satu lesen besar untuk kami menghina polis-polis yang bertugas pada masa itu. Dan aku juga berpendapat, bukan semua polis bertindak ganas dan diluar kawalan, namun ada juga yang polis yang betul-betul mengawal keadaan supaya dalam keadaan terkawal. Mungkin polis yang bertindak dengan kasar dan tegas itu hanyanya mengikut arahan daripada pihak atasan. Dan aku sendiri jika ditanya adakah aku membenci POLIS. Dengan ikhlas aku akan menjawab "AKU SANGAT MEMBENCI SISTEM POLIS" dan aku kesian pada sistem polis pada hari ini dan aku percaya, dengan mengubah kerajaan barulah sistem polis dapat diubah.

Aku secara peribadi sangat kesian pada polis hari ini yang terpaksa bekerja dibawah sistem yang sama polis pada zaman penjajah. Polis pada zaman penjajah bukan disuruh untuk menjaga keamana rakyat tetapi lebih kepada menjaga kepentingan penjajah dan juga disuruh mengutip cukai untuk kepentingan orang putih. Pejuang-pejuang melayu seperti Tok Janggut pernah melarang orang melayu menyertai Polis kerana polis ketika itu bukan menjaga kepentingan melayu tetapi lebih kepada kepentingan penjajah supaya terus berkuasa di tanah melayu.

Namun begitu, polis hari ini tidaklah seperti polis dizaman penajah kerana ketua polis negara hari ini juga bukan lagi dikalangan orang bukan melayu tetapi ketua polis negara hari ini juga sudah dikalangan orang melayu. Sistem polis juga sudah banyak berubah namun masih perlu kepada perubahan. Polis pada hari ini perlu lebih menjaga kepentingan rakyat dan bukannya menjaga kepentingan peminpin. Dan peminpin pada hari yang berkuasa di negara ini juga perlu mengubah sistem polis supaya lebih nampak melindungi rakyat berbanding melindungi peminpin.

Berbalik kepada himpunan BERSIH 3.0. Ramai yang memberi komen polis terpaksa bertindak kerana peserta sudah melanggar undang-undang dimana telah berkumpul tanpa permit. Namun begitu, peserta BERSIH 3.0 masih mempunyai sebab kenapa dan mengapa mereka tetap berkumpul walaupun tidak mendapat permit. Masyarakat hari ini bukan lagi bodoh, walaupun polis tidak membenarkan perhimpunan diadakan tanpa permit namun di bawah kepada jaminan perlembagaan hak untuk berhimpun secara aman yang termaktub dalam Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan” Maka atas dasar perlembagaan lebih besar dan berkuasa berbanding dengan undang-undang maka perhimpunan BERSIH 3.0 diteruskan.
Maka perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan dengan slogan "DUDUK dan BANTAH" yang bunyinya agak mesra dan sopan. Namun polis tetap tidak membenarkan. Namun kerana tuntuntan BERSIH 1 dan BERSIH 2.0 tidak didengari dengan daftar pemilih yang amat kotor bahkan bertambah teruk bila pengarah dan timbalan SPR adalah daripada kalangan ahli UMNO menjadi penyebab utama kenapa dan mengapa BERSIH 3.0 mesti diteruskan juga. Kali ini BERSIH 3.0 juga telah melantik Datuk A. Samad Said atau Pak Samad sebagai PENGERUSI BERSIH sebagai simbol kepada BERSIH adalah perhimpunan yang mesra dan sopan santun.

Perhimpunan BERSIH 3.0 pada hari tu (28/4) berlangsung dengan aman. Namun sebelum bersih bersurai iaitu pukul 4 petang pihak polis telah melepaskan gas pemedih mata tanpa bernegosiasi dengan pihak penganjur. Maka berlakulah sedikit kekecohan. Disitulah bermulanya episod timbulnya perasaan rakyat membenci pihak Polis Malaysia. Aku pula secara peribadi benci pada polis sejak mengetahui ada juga polis melayu yang menjadi tali barut atau balaci kepada BRITISH di zaman penjajahnya. Namun yang menjadi kepada puncak kenapa dan mengapa tahap kebencian rakyat terhadap polis makin memuncak bukanlah kerana penahanan atau tembakan gas pemedih mata, rakyat lagi memuncak dan benci pada polis yang menganas sehingga ada yang dipukul dan disepak terajang oleh polis dalam ketika operasi penahanan peserta BERSIH 3.0. Ada peserta yang sudah mengangkat tangan tanda sudah menyerah diri namun tetap juga dikasari oleh polis. Dan ada yang lagi teruk apabila ada peserta yang ditahan dan dipukul bukannya 3 atau 4 orang polis tetapi dipukul lebih daripada 20 polis. Ada video yang jelas menunjukkan ada polis yang memukul dan menerajang peserta yang telah ditahan walaupun mereka tidak menyerang. Dan ada juga pimpinan yang dipukul oleh polis seperti Chegu Bad yang jelas kelihatan pada gambarnya yang diupload di facebook kelihatan bengkak-bengkak dan darah membasahi bajunya tanda berlaku pertembungan yang teruk diantara beliau dan polis.

Berbalik kepada luahan hati salah seorang ahli keluarga polis, maka disebab perkara seperti diataslah kenapa dan mengapa timbulnya kebencian rakyat terhadap polis yang BERTUGAS pada himpunan BERSIH 3.0 pada 28/4. Namun begitu, kebencian itu bukan kebencian yang membawa kepada dendam kesuma, rakyat lebih berminat untuk menukarkan KERAJAAN yang ada pada hari ini kepada KERAJAAN yang baru kerana rakyat tahu, tindakan polis pada 28/4 bukanlah daripada dirinya, tindakan itu adalah lebih kepada tanggungjawabnya terhadap negara namun ianya tidak terjadi sedemikian kerana kerana kerajaan yang ada pada hari ini tidak bertanggungjawab dan tidak pernah memikirkan soal rakyat dan hanya lebih memikirkan untuk mempertahankan kuasa yang ada.

Maka, kepada anak-anak atau adik polis yang terasa hati dengan penghinaan terhadap Polis dalam ketika ini, aku secara peribadi memohon maaf dan aku meminta anggaplah marah dan cacian mereka itu bukan untuk ahli keluarga anda.

Cacian dan segala makian itu adalah untuk sesetengah polis yang bertindak diluar kawalan dan diluar waras manusia. Dan jika salah seorang keluarga anda ahli polis dan jika beliau selalu berpesan supaya jangan tinggal solat dan jangan lawan cakap ibu, ketahui olehmu, aku yakin dan percaya ahli keluargamu anggota polis yang hadir bertugas pada hari itu adalah polis yang baik dan diantara polis melayan kami dengan penuh kasih sayang. Memang ramai aku jumpa ada polis yang baik dan aku juga ada mendengar cerita daripada kawan ayah aku dimana ketika dalam perjalanan ditahan polis ketika hendak masuk ke dalam bandar untuk menyertai BERSIH 3.0, selepas dengan jujur memberitahu bahawa kawan ayah aku itu untuk menyertai BERSIH 3.0, maka polis yang bertugas itu memberi tunjuk jari ibu tanda sokong dan suka tanda tidak semua polis yang terlibat dalam operasi BERSIH 3.0 adalah polis ganas atau kasar.

Dan aku juga meminta sahabat semua, jangan dihukumi semua pihak polis di Malaysia ini hanya kerana beberapa tindakan kasar oleh sesetengah pihak Polis. Dan aku lagi bersetuju jika kita "kesiankan Polis" itu dan kita berniat untuk menukarkan kerajaan baru demi membaiki sistem polis yang sedikit tercemar.
AYUH KITA BERSIHKAN SEMUA KOTORAN YANG ADA PADA NEGARA INI!

2 comments:

  1. Polis seperti manusia lain juga ada 2 jenis, polis baik dan polis jahat.
    Cuma polis jahat lebih menonjol berbanding polis baik.
    Di kampung kita juga ada AJK baik dan AJK jahat. AJK jahat lebih menonjol kerana suaranya lebih lantang, lebih pro-aktif dan lebih 'bijak' kerana semuanya dia nak balun masuk poket sendiri. AJK baik hanya buat kerja-kerja yg tidak mendatangkan 'keuntungan' peribadi dan selalunya 'low profail' dan tidak begitu popular di kalangan orang-orang besar.
    Peniaga juga ada yg baik dan jahat. Peniaga baik sentiasa menjaga timbangan dan sukatan, gemar memberi lebih dan tidak berkira. Kehidupannya juga kebanyakannya hanya sederhana.
    Baik dan jahat tidak hanya ada di kalangan pasukan polis sahaja. Cuma bezanya jika polis itu 'terlalu' baik alamatnya lambat sikitlah kau nak 'naik'. Silap-silap prebet sampai tua.
    Aku pun pernah bersua polis yang menjerit ke arah aku "hoi bodoh, berhenti!!". Sedangkan aku tak mengerti pun kenapa aku mesti berhenti kerana pemandu lain pun jalan terus dan tiada sekatan jalan raya, tiada lampu isyarat berwarna merah, hari pula sudah gelap. Rupa-rupanya ada awek nak lintas jalan. Alahai....
    Itulah realiti... sama ada kau boleh terima atau tidak.

    ReplyDelete
  2. Jika tuanku al Sultan Kelantan pun diacukan senapang 'atas muka' oleh pihak polis, di hadapan orang besar-besar pula tu, apalah sangat kita orang biasa ni.... Setakat kena terajang kasut bot, penampar dan 'nyedok' itu biasa jew. Jadi jika 'demostrator' kena tendang, kena pijak masa perhimpunan BERSIH ke apa ke janganlah kecik hati sangat. Anggaplah gurauan daripada abang polis dan pak polisi semata-mata.

    ReplyDelete