Friday, August 31, 2012

Ini Laungan Merdeka Rakyat Kelantan


Biasa rakyat hanya menyahut laungan yang dilaungkan ketika menyambut Merdeka, Merdeka, Merdeka tanpa mereka faham apa itu erti Kemerdekaan yang sebenar.

Detik 31 Ogos 2012 di Kota Bharu ketika menyambut ambang Merdeka, kami rakyat Kelantan dengan bersemangat melaluangkan isi hati kami dan bukan lagi mengikut apa yang dilaungkan. Alhamdulillah pada malam itu aku diberi kepercayaan untuk menjadi pengerusi majlis pada malam itu.






Dikesempatan itu, aku cuba mengambil peluang untuk membuat 1 kelaianan. Sebelum detik jam 12 31 Ogos aku cuba meminta hadiran yang hadir melaungkan ROYALTI apabila aku melaungkan MERDEKA bagi menyatakan hasrat bahawa kami rakyat Kelantan ingin Memerdekakan Royalti yang masih dijajah Kerajaan hari ini daripada Kerajaan Negeri.

Pada awal permintaan aku kepada hadirin tidaklah disambut baik. Mungkin tidak biasa daripada kebiasaan jika hadir 31 Ogos rakyat hanya melaungkan Merdeka Merdeka dan Merdeka. Namun aku cuba juga, Aku bakar hadirin yang hadir. Dibantu dengan persemabahn sajak-sajak, dikir barat dan ucapan daripada Presiden R dan Ustaz hafiz serta doa yang disampaikan Ustaz Mat Mustapha  laungan detik jam 12 Merdeka benar-benar bersemangat.


Merdeka! Royalti! Merdeka! Royalti! Merdeka! Royalti! Merdeka! Royalti! Merdeka! Royalti! Merdeka! Royalti! Merdeka! Royalti! Merdeka! Royalti! Merdeka! Royalti! Merdeka! Royalti! dan diakhiri dengan memuji nama ALLAH yang maha besar penuh dengan semangat dan difahami erti sebenar apa itu kemerdekaan.

Laungan Merdek Royalti sambil tangan menunjukkan isyarat R tanda bahawa rakyat Kelantan mahukan isu Royalti diselesaikan dengan segera. Tidak perlu kepada Jawatan Kuasa dan terus kepada pembahagian kepada Kerajaan Negeri. Ini kerana perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri sudah jelas sebahagian hasil minyak negeri diberikan sebanyak 5% hendaklah diberikan kepada Kerajaan Negeri.

Mesej rakyat Kelantan sudah jelas kepada Kerajaan Pusat dan kepada pimpinan UMNO Kelantan yang kononnya kini juara dalam perjuangan hasil minyak Kelantan. Laungan ini hanyalah permulaan, dan jika Royalti Kelantan tetap juga dinafikan, kami rakyat Kelantan akan terus berjuang seperti mana Tok Jangut berjuang yang berjuang sehingga bertemu shahid.

No comments:

Post a Comment