Menurut saksi yang berada di Masjid itu, ada ahli Perkasa yang membaling selipar ke dalam masjid dan ada membuat bising dengan pembesar suara ketika DSAI sedang memberi kuliah. Mereka juga bertindak memadamkan lampu dan memadamkan pembesar suara yang digunakan DSAI sehingga kuliah itu terpaksa diteruskan dengan menggunakan hailer.
Dan pelbagai lagi provokasi itu terus dilakukan semasa DSAI memberi tazkirah namun kuliah itu dapat diteruskan jua. Situasi apa yang berlaku disitu dapat dirakam dan telah dimuat turun dalam internet dan menyebab ramai orang yang meilhatnya melahirkan rasa kecewa dan mengutuk perbuatan itu dan menyamakan apa yang berlaku itu sama seperti kerja-kerja syiatan dan zionis.
Sebagai Presiden, Ibrahim Ali perlu menjawab perkara ini. Perbuatan seperti ini amat memalukan dan NGO Perkasa perlu dibubarkan kerana NGO ini langsung tidak memberi faedah kepada rakyat Malaysia bahkan memalukan umat Islam dan melayu di negera ini.
Sebagai Pertubuhan yang kononnya berjuang untuk melayu sepatutnya memiliki perangai orang melayu namun yang ada pada ahli mereka adalah perangai zionis dan syaitan. Ini kerana, hanya zionis dan syaitan sahaja yang menyerang Masjid.
Jika ianya bukan dilakukan oleh ahli Perkasa, maka Ibrahim Ali perlu membuat laporan polis dan menangkap mereka yang membuat kacau dan memakai baju Perkasa. Aku juga ingin mendengar apa komen JATI yang kononnya berjuangkan Islam. Apakah cara ini cara orang yang mempunyai akidah dan moral?
Dan aku juga berharap majlis mufti akan membuat fatwa tentang perkara ini. Ini kerana, jika BERSIH dulu pernah diharamkan apakah pula fatwa perbuatan ala zionis ini. Perkara ini perlu dianggap seriuas, ini kerana perbuatan membuat kacau di masjid ketika tazkirah diadakan sangat menghina agama. Dan ianya perlu disiasat dan Perkasa yang dituduh terlibat dalam perbuatan ini perlu menberi penjelas. Adakah ya serangan itu daripada Perkasa atau pun ianya bukan daripada Perkasa.
No comments:
Post a Comment