Monday, September 3, 2012

Anwar seperti diserang kafir Quraish


Pernah satu ketika malaikat Jibrail menawarkan untuk meruntuhkan gunung-gunung dan menamatkan riwayat penduduk Kota Taif selepas baginda Muhammad saw cedera dan berdarah setelah dibaling batu dalam perjalanan keluar daripada Kota itu. Dakwah baginda juga tidak didengari bahkan diejak, dan mendapat tentangan yang hebat daripada penduduk Kota Taif. Namun tawaran malaikat Jibrail ditolak oleh baginda dengan penuh kasih sayang dan berdoa semoga anak kepada yang menolak dakwah beliau ini akan menyembah ALLAH swt dikemudian hari.

Itu diantara kisah bagaimana kuatnya penentangan pihak Quraish dalam baginda Muhammad saw menyebarkan dakwahnya itu sebelum mashurnya Islam.

Memang agak keterlaluan jika aku menyamakan ahli Perkasa yang membuat kacau di Masjid Al-Hussain Kampung Seberang Pumpong itu sama seperti kafir quraish. Namun perbuatan ahli Perkasa yang menganggu tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim itu agak melampau dan perbuatannya itu amat memalukan umat Islam dan memaluakan diri sendiri yang juga beragama  Islam.

Perkasa hari ini telah mengaku bahawa perbuatan "mengHURU-HARAkan" masjid itu memang dilakukan oleh ahli Perkasa Kota Setar dengan alasan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai tauliah. Mereka telah datang pada malam itu dan cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memberi tazkirah. Ada ahli Perkasa yang melempar selipar ke dalam masjid, membuat bising dan mengeluarkan kata-kata lucah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang memberi tazkirah. Mereka juga telah memadamkan lampu dan pembesar suara dan menyebabkan Anwar terpaksa memberi tazkirah menggunakan hailer. Namun usaha Perkasa gaggal apabilla Anwar tetap tenang dan terus memberikan tazkirahnya tanpa menghiraukan provokasi Perkasa.

Perkasa tidak berhak dan tidak layak untuk bertindak sedemikian. Najib juga pernah memberi tazkirah di masjid namun tidak pernah sekali pun perbuatan Najib itu dipersoal. Kalau diikut ilmu agama, ilmu Anwar lebih tinggi dalam bab agama namun kenapa perkara itu tidak dipersoal. Adakah Perkasa takut kepada Anwar maka sanggup menggunakan agama sebagai bahan untuk dibuat modal untuk menghalang kemaraan Anwar?

Bukan itu sahaja, Presiden Perkasa Ibrahim Ali juga telah beberapa kali menggunakan masjid dan terang-terangan bercakap pasal politik namun perbuatn itu juga tidak pernah dipersoalkan. Ibrahim Ali pada satu ketika Hassan Ali dipecat daripada PAS beliau bukan memberi tazkirah tetapi telah memberi ceramah di Masjid Wilayah Persekutuan. Ibrahim Ali juga dalam ceremahnya ketika itu jelas memberi ceramah politik yang tidak berkaitan dengan agama dimana beliau hanya bercerita pasal Hassan Ali dan tentangannya pada himpunan 901 pada 8 Jan 2012 yang juga telah dihadiri oleh ahli-ahli Perkasa.

Apakah Anwar memberi tazkirah Politik?

Saat dan ketika meraka yang berlagak seperti kaum quraish ini masuk ke dalam masjid, Anwar sedang menyampaikan tazkirahnya mengenai mengimarahkan masjid. Sedang Anwar ingin menceritakan apakah maksud mengimarahkan masjid, mereka tanpa sega silu telah membuat kacau di dalam masjid itu dan disaksikan sendiri oleh para makmum yang ingin mendengar tazkirah Anwar. Namun mereka tetap dengan hasutan syiatan yang langsung tidak menghormati rumah ALLAH swt dan memberi amaran supaya Anwar memberhentikan tazkirahnya itu. Anwar sengaja mengulangkan tajuk tazkirah pada ahli Perkasa mungkin Anwar ingin memberitahu bahawa Anwar dan penduduk kampung yang ingin mendengar tazkirahnya itu sedang melasanakan mengimarahkan masjid dan tindak tanduk mereka itu tidak ubah seperti "syiatan" yang benci masjid diimarahkan.

Dokan Anwar semoga dapat meminpin negera ini

Lihat apa yang terjadi hari ini jelas menunjukkan kegagalan pemerintah untuk melahirkan generasi yang mengerti apa itu islam dan generasi yang bijaksana. Melihat pada gelagak Perkasa yang sanggup mengeluarkan kata-kata lucah ketika Anwar sedang memberi tazkirah jelas menunjukkan negera ini perlukan peminpin yang baru untuk mengajar dan memberi ilmu kepada mereka yang terlalu jahil ini.

Semoga mereka yang terlibat dalam perbuatan ini sempat bertaubat dan diberi hidayah. Sesungguhnya hanya syaitan dan zionis sahaja yang tidak suka apabila rumah ALLAH swt diimarahkan. Semoga mereka ini tidak tergolong seperti kafir quraish mahupun seperti syaitan.

No comments:

Post a Comment