Monday, September 10, 2012

Ahmad Dhani tokoh ROYALTI Indonesia



Gunakan kelemahan sebagai kelebihan.  Mungkin itu diantara yang polisis tepat digunakan Muhammad Ridho yang hadir sebagai peserta ujibakat Indonesia Idol. Muhammad Ridho hadir dengan dengan penuh sedehana dan cool. Pakaian yang dikenakannya amat sederhana dan beliau gagal untuk meneruskan perjuangannya dalam Indonesia Idol namun beliau memperolehi rezeki yang lain. Kata orang, tak perjaya di situ tidak bermakna akan gagal dimana-mana sahaja. Rezeki di dunia ini terlalu banyak untuk kita memperolehinya.

Beliau masuk ke bilik uji bakat dengan tanpa magik dan lagaknya hanya biasa.  Para juri juga tidak mempunyai apa-apa tanggapan yang tinggi terhadapnya kerna ramai yang hadir dan berpakaian sepertinya dan ada yang lebih teruk lagi daripada Beliau.  Agnes Moniga selaku juri  mesra menyambut Muhammad Ridho dan menanyakan lagu apa yang ingin disampaikannya. Ridho dengan cool memberitahu beliau akan menyanyikan lagu ciptaannya sendiri bertajuk "Ku Ingin Kita Lama Pacaran Disini ". Anang dan Ahmad Dhani sedikit tertarik dengan Ridho mungkin kerana mereka berdua juga adalah pencipta lagu.

Ridho memulalan petikan gitar yang mendatar. Dari gayanya memetik tali gitar aku agak beliau baru belajar gitar dalam sebulan dua ini sahaja. Dimulakan dengan lirik Neng Neng Nong Neng, Neng Neng Nong Neng yang membuat ketiga-tiga juri senyap. Dengan gaya yang mendatar dan lirik yang mungkin agak asing dan diulang-ulang. Mungkin terkejut atau mungkin teruja atau mungkin tak percaya dengan persembahan yang disampaikan Ridho itu. Namun Ridho tetap dengan persembahannya itu.


Selepas selesai persembahannya, Ridho meminta para juri memberi komen akan persembahannya tadi. Agak jujur apabila dia bertanya adakah lagunya itu agak anjur atau apa-apa sahaja. Tulus dari hatinya yang sememangnya ingin mengetahui komen iklas daripada juri profesional Indonesia itu.

Anang dan Agnes memberi komen seperti biasa. Tidak terlalu negetif dan tidak terlalu positif. Hanya memberi komen yang biasa sahaja. Berbeza dengan Ahmad Dhani terus dengan pertanyaan adakah beliau sanggup untuk menjual lagunya itu. Ridho dengan yakin dan tenang memjawab boleh dan akan menjual lagunya dengan harga RP. 10 Juta. Terkejut Ahmad Dhani dan mintak dikurangkan sehingga Rp 5 juta. Ridho dengan tenang menjawab jika Dhani serius dia sanggup menjual Rp. 5 juta. Ahmad Dhani terus meminta nombor telefon dan memberitahu pembantunya akan menghubungi dan lagu itu tidak hanya akan bernilai Rp 5 juta kerana Ridho akan dapat ROYALTI apabila lagu ini dipasarkan nanti.

Itu adalah kisah benar yang berlaku di Indonesia. Mungkin Ridho tidak pernah menyangka lagu beliau akan dibeli dan yang lebih menakjubkan ianya dibeli oleh komposer yang sudah bertaraf antarabangsa. Dan rezeki yang bukan sahaja mendapat daripada hasil penjualan lagu, bahkan Ahmad Dhani juga tidak merompak hasik kerya beliau dan memberikan ROYALTI hasil daripada penjualan lagu itu nanti.

Motivasi yang boleh diambil daripada Ridho

Menggunakan kelemahan sebagai kelebihan. Mungkin itu adalah polisi Ridho dalam perjalanan hidupnya. Mungkin sebelum ini jika beliau memainkan lagu Nong Neng Nong Neng itu beliau akan diketawakan. Namun kerana keberanian untuk gagal dan tidak pernah menganggap dirinya lemah dan hina, dengan keyakinan jiwa walaupun jika melihat pada fizikal beliau bukanlah seorang yang berkeyakinan, namun beliau telah memberi motivasi kepada rakyat Indonesia dan sesiapa sahaja yang mengetahui ceritanya itu bahawa "rezeki itu datang daripada ALLAH swt, dan sesiapa sahaja mampu untuk berjaya asalkan rajin berusaha dan tidak kenal erti malu dan putus asa.

Kini Ridho sudah pun dikenali di Indonesia. Lagu Neng Nong Neng Nong Neng Nong kini sudah menjadi siulan di Indonesia dan beliau kini sudah banyak menerima jemputan dan beliau juga telah berlakon di dalam lagunya itu hasil nyanyian The Triad yang diketuai oleh Ahmad Dhani. Hidupnya kini sudah berubah, daripada seorang penjual roti kini beliau sudah pun boleh dianggap berjaya.

Ahmad Dhani pejuang ROYALTI

Walaupun ramai yang menyatakan Ahmad Dhani ini adalah agen yahudi, namun aku tidak percaya dan dalam episod ini, aku betul-betul mengagumi Ahmad Dhani yang berfikir jauh dan seorang yang amanah kepada diri sendiri. Ridho bukanlah seorang yang tahu apa itu ROYALTI, ketika ditanya Ridho langsung tidak mengerti apa-apa pun, namun mungkin atas dasar jujur pada diri sendiri maka Ahmad Dhani menjanjikan ROYALTI kepada Ridho dan menurut bacaan aku pada blog indonesia Ahmad Dhani benar-benar menunaikan JANJI ROYALTI beliau itu. Ahmad Dhani berjanji dan beliau juga menepati janjinya. Mungkin kerajaan Malaysia kena belajar dengan Ahmad Dhani apa itu "JANJI DITEPATI"


No comments:

Post a Comment