UMK Kelantan merupakan Universiti kesayangan Tok Pa. Apa sahaja program Tok Pa maka mahasiswa UMK akan dikerah untuk menyambut dan mengelar Tok Pa sebagai hero. Setuju atau tidak Tok Pa adalah hero dan mahasiswa UMK wajib untuk menyokong dan membodek Tok Pa.
Menjelang PRK di UMK, mahasiswa UMK telah dilatih bagaimana untuk menjadi Peminpin yang zalim dan mengamalkan politik kotor. Pelbagai cara kotor telah diajar dan dipraktik pihak Aspirasi bagi memastikan calon Pro Mahasiswa kalah.
Pada 19 September 2012, Pengarah Kampus UMK Jeli, Prof Ibrahim bin Che Omar bersama-sama dengan ‘selected student’ yang terdiri daripada fasilitator, presiden Jawatankuasa Kolej Kediaman (JKK) telah memujuk mereka supaya bertanding di dalam MPP. Bermula disitulah maka demokrasi UMK telah dibogelkan.
Bermula Politik kotor
Seorang mantan aktivis Pro-Mahasiswa UMK telah diugut supaya tidak berada di sekitar kampus UMK Jeli. Mantan aktivis Pro M telah diugut cermin keretanya akan dipecahkan atau berhadapan dengan pelbagai kemungkinan lagi jika beliau berada di kampus UMK Jeli.
Wakil Pro M juga telah ditipu oleh HEP pada 14 September 2012 dimana pihak HEP tidak memberi borang apabila diminta oleh wakil Pro M dengan alasan borang masih belum dikeluarkan lagi, namun apabila pihak Aspirasi atau pihak lain yang minta mereka dibekalkan borang walaupun notis belum dikeluarkan.
Pihak UMK juga berlaku tidak adil pada mahasiswa UMK dimana pada 22 September 2012 calon telah diserang dan diperlakukan seperti orang yang bersalah hanya kerana tindakan calon tersebut yang mempertahankan hak mahasiswa berkaitan masalah kolej kediaman. Mereka juga (Pihak Pengarah Kampus UMK) telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada calon terebut.
Politik wang sedang menular dikalangan Calon PRK UMK
Calon Aspirasi UMK yang juga dikatakan ketua kumpulan aspirasi UMK telah menggunakan politik wang untuk berkempen dengan memberikan RM100 kepada calon MPP Fakulti Perubatan Veterinar. Dipercayai terdapat ramai lagi mahasiswa yang disogok dengan sejumlah wang oleh calon aspirasi tersebut. Ada yang menerima sehingga lebih daripada RM500. Calon aspirasi tersebut juga dikatakan telah membuat satu perancangan bersama calon-calon aspirasi yang lain untuk menjatuhkan seorang calon Pro-M kerana bimbang akan kedudukannya.
Pelbagai lagi kegiantan kotor yang berlaku di UMK dan Tok Pa juga pernah membelanja para mahasiswa di medan selera UMK Jeli dipercayai bertujuan berkempen untuk calon-calon aspirasi. Calon Pro-M UMK kini sedang diperhatikan orang luar yang datang sebagai pelawat dipercayai SB.
Apa komen Tok Pa dan Datuk Saifuddin Abdullah
Tok Pa kononya adalah hero kepada Masiswa Kelantan namun kini berhadapan sedang dibenci oleh mahasiswa Pro- M dan para pelajar bukan daripada kalangan Aspirasi. Mereka mendakwa Tok Pa hanya memberi perhatian kepada pihak Aspirasi dan membelakangkan mahasiswa lain. Mereka juga mendakwa Tok Pa menggunakan UMK dan Kakitangan UMK untuk kepentingan Tok Pa dan pihak pengurusan juga terlalu membodek Tok Pa sehingga membelakangi demokrasi mahasiwa UMK. Selaku ahli Parlimen dan Menteri Tok Pa tidak seharusnya berlaku sedemikian dan Tok Pa haruslah adil kepada semua pelajar dan harus mendekati semua pelajar dan bukan hanya di kalangan Aspirasi.
Datuk Saifuddin Abdullah selaku Timbalan Menteri Pengajian Tinggi diminta untuk menyiasat perkara ini kerana ia jelas tidak selari dengan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak apabila pada tahun lalu beliau telah mengumumkan Auku akan dipinda untuk membenarkan mahasiswa menjadi ahli parti politik, tetapi aktiviti politik kepartian tidak dibenarkan di dalam kampus.
Aku juga berharap tindakan tegas akan diambil supaya pendidikan Mahasiswa Aspirasi untuk menjadi peminpin dengan cara sedemikian akan melahirkan peminpin yang zalim dan kejam dimasa hadapan. Jika Timbalan Menteri Pengajian Tinggi benar-benar sayangkan masa hadapan negera, maka jegaslah sebelum terlambat.
Semua harus bersama menghalang politk kotor menular di peringkat Mahasiswa
Aku ingin mengajak seluruh manusia tidak kira dimana anda berada dan apa jua posisi daripada anda dalam masyarakat hari ini supaya menghalang daripada kegiatan ini terus berluasa. Aku tidak mahu masa hadapan anak-anak kecil hari ini akan ditakbir oleh mahasiswa yang sudah menular dengan bantuan dan politik SYAITAN tidak kira mereka mengenalinya ataupun tidak. Jangan risikokan negera ini dengan para mahasiswa yang mudah tergoda dengan dunia sehingga sanggup bersahabat dengan syaian. Kita semua sebagai manusai hari ini harus menyedarkan mereka bahawa perjuang bersama syaitan tidak akan ke syurga melainkan hanya ke nereka.
No comments:
Post a Comment