Tuesday, September 25, 2012

Perdana Menteri Thailand konfius dengan status agama Rosmah?


Aku malu mempunyai isteri Perdana Menteri sebegini rupa. Aku tahu mungkin rambutnya besar dan susah untuknya memakai kain tudung demi menutup auratnya. Aku juga tahu aku tidak boleh paksa Isteri Perdana Menteri ini untuk mengikut tuntutan agama kerana aku tahu jawapan yang akan digunakan adalah "TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA ISLAM"

Aku juga tahu tahu bahawa "TIDAK BERTUDUNG BELUM PASTI HATINYA JAHAT" dan pelbagai lagi alasan yang boleh diguna untuk membolehkan isteri Perdana Menteri ini untuk terus tidak mengikut apa yang diarah oleh ALLAH swt seperti mana dalam ayat

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”(Surah al-Ahzab: 59)

Namun mungkin isteri Perdana Menteri belum bersedia walaupun sudah bergelar hajjah. Aku tetap malu dan menganggap ini penghinaan kepada rakyat Malaysia. Bayangkan semua wanita tetamu Persandingan anak Sultan Brunei menutup aurat sehingga polis yang bertugas pun juga menutup aurat dan hanya wakil Malaysia iaitu Rosmah dan isteri Taib Mahmud sahaja yang hadir dengan tidak menutup aurat. Sedangkan semua tahu bahawa Negera Brunei mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.

Namun Rosmah dan Isteri Taib Mahmud dan ini benar-benar memalukan negera dan boleh menyebabkan negera lain memberi persepsi yang buruk kepada negera kita. Bayangkan apa persepsi Perdana Menteri Thailand yang juga hadir pada majlis itu dan juga tidak menutup aurat seperti Rosmah kerana beliau bukanlah beragama Islam. Namun beliau hadir dengan berpakaian sopan demi menghormati majlis itu. Mungkin Perdana Menteri Thailand keliru apakah agama Rosmah kerana semua yang tetamu Sultan Brunie beragama Islam lain menutup aurat tetapi tidak Rosmah.


Aku berharap andai Rosmah tidak dapat untuk menutup aurat dengan alasan tidak bersedia untuk menyembunyi "AFRO" itu adalah lebih baik Rosmah main mahjung dan jangan libatkan diri dan menjadi tetamu ketika majlis itu.  Adakah terbakar atau keluar muntah darah si Rosmah jika beliau memakai dan menutup aurat ketika majlis itu. Aku berharap Rosmah jagalah maruah suaminya, jika orang kencing pada gambar Suaminya itu satu penghinaan, aku tertanya-tanya apakah perbuatan beliau di Brunei itu membanggakan atau memalukan suaminya. Dan aku berharap Harussani dan Fathul Bari mempunyai masa untuk menasihati beliau dan sama-samalah kita berdoa moga-moga Isteri Perdana Menteri ini dibukakan pintu hatinya untuk menutup aurat.

No comments:

Post a Comment