Jangan hanya menyokong tanpa tindakan, ayuh semua kita bersama 310 ini di Mahkamah Putrajaya. |
Semua dijemput hadir pada 3 Oktober 2012 bertempat di di Mahkamah Persekutuan, Aras 2, Istana Kehakiman Putrajaya jam 9 pagi bagi mendengar perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan Royalti Petroleum.
Pendengaran untuk permohonan mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan ini adalah berkenaan dengan 3 perkara:
i. Pendengaran permohonan untuk merayu terhadap keputusan yang menolak permohonan oleh Kerajaan Kelantan untuk mendapatkan penzahiran dokumen.
ii. Pendengaran permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan yang membenarkan permohonan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menentukan kes melalui isu undang-undang Aturan 14A dan bukan melalui perbicaraan (hanya hujah guaman tanpa saksi)
iii. Pendengaran permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan yang membenarkan permohonan oleh Petronas untuk menentukan kes melalui isu undang-undang Aturan 14A dan bukan melalui perbicaraan (hanya hujah guaman tanpa saksi)
4. Sehari sebelum perbicaraan iaitu pada 2 Oktober 2012, YB Dato’ akan hadir ke Majlis Solat Hajat & Himpunan Rakyat Tuntut Royalti di Shah Alam dan akan juga disertai oleh YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Presiden PAS, YAB Ketua Umum PKR, YAB Penasihat DAP dan beberapa pemimpin Sabah dan Sarawak. Himpunan ini adalah anjuran NGO R dalam rangka kempen seluruh negara mengajak kebangkitan rakyat menuntut royalti Petroleum.
Sumber blog Husam Musa (http://www.husammusa.com/v10/index.php?option=com_content&view=article&id=624:ringkasan-sidang-media-yb-dato-hj-husam-perbicaraan-kes-saman-kerajaan-negeri-kelantan-terhadap-petronas-berkenaan-royalti-petroleum-pada-3-oktober-2012-dan-solat-hajat-a-himpunan-rakyat-tuntut-royalti-di-shah-alam-pada-2-oktober-2012&catid=1:latest-news)
Anda semua dijemput nagi menyatakan sokongan terhadapa tuntutan ROYALTI Kelantan. Pernah satu ketika aku hadir ke mahkamah mendengar perbicaraan ROYALTI bersama 4 orang rakan daripada Kelantan dan beberapa pimpinan yang sudi hadir. Aku harap kali ini seluruh rakyat Malaysia bersama dan walaupun tidak dapat bersama di Mahkamah Putrajaya, aku berharap dari jauh anda berdoa tuntutan rakyat Kelantan ini. Dan tuntutan ini bukan sahaja melibatkan rakyat Kelantan semata-mata, namun ia melibatkan maruah seluruh rakyat di Malaysia.
Satu ketika aku bersama Presiden R dan Su R dan ketika ini R belum lagi ditubuhkan. |
Ayuhlah kita bersama dalam perjuang ini seperti mana kita bersama dalam isu BERSIH, ANTI LYNAS, ISU FITNAH DSAI, ISU MAHASISWA, ISU ISA, ISU TURUN HARGA MINYAK, TURUN HARGA KERETA, ISU LEMBU UMNO dan pelbagai lagi isu kita pernah bersama. Dan sesungguhnya, pemerintah tidak akan takut dengan tindakan mahkamah, tetapi mereka amat takut dengan kuasa rakyat.
Maka dengan ini, aku sekali lagi mengajak semua manusia bersama dalam perjuang ini dan dapat hadir bersama tanda sokongan terhadap perjuangan ini. Ayuhlah bersama kita menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.
No comments:
Post a Comment