Tuesday, August 7, 2012

Ke mana RM10 Juta Wang Ehsan?



Memorandum tidak terima Jawatankuasa khas yang diperkenal  Najib di serahkan ke Pejabat Jabatan Perdana Menteri Kelantan dan telah diterima oleh Ketua Penolong Pengarah JPP (wakil Ketua Pengarah JPP Kelantan)

Pihak kami menghantar memorandum nagi menyatakan tidak bersetuju dan menolak Jawatankuasa yang diperkenalkan Najib kerana menganggap pemberian perlu diberikan terus kepada perbadanan Kerajaan Negeri seperti mana yang termaktud dalam perjanjian pada 9 Mei 1975 dimana di dalam perjanjian itu meminta supaya  Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan Negeri secara bayaran tahunan sebanyak 5 % dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan.

Maka kami dengan jelasnya menolak Jawatankuasa dan menolak tempoh 6 bulan 80 hari dan menganggapnya ianya sebagai gimik pilihanraya dimana tempoh 6 bulan 8 hari itu sama dengan tempoh yang ada untuk diadakan pilihanraya yang ke -13

Kami R juga mempertikai bagaimana pemberian wang ehsan diagihkan dan wujud kekeliruan dimana terdapat sejumlah wang RM10.6 Juta wang daripada hasil wang ehsan tidak tahu ke mana disalurkan. Kami juga meminta supaya JPP bentangkan kemana wang ehsan dibelanjakan.

No comments:

Post a Comment