Jika dulu Pak Lah pernah digelar Bapak tidur ketika dizaman beliau menjadi Perdana Menteri. Kini Najib selaku Perdana Menteri agak tidak sesuai digelar Bapak Tidur kerana beliau agak "kurang tidur" dan banyak berkerja. Diantara kerja-kerja Najib adalah berjanji dan menubuhkan jawatankuasa.
Diantara Jawatankuasa yang pernah ditubuhkan Najib adalah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Jawatankuasa Kabinet Bumiputera Sabah dan Sarawak, Jawatankuasa Khas Kaji SBPA, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Masyarakat India, Jawatankuasa Pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku), Jawatankuasa khas rangka akta ganti ISA dan yang paling terbaru Jawatankuasa Khas ditubuh kaji isu royalti.
Aku tidak kisah berapa juta pun Jawatankuasa khas ditubuhkan, cuma aku tidak berapa percaya dengan segala macam Jawatankuasa khas yang diperkenalkan Najib kerana setelah beratus Jawatankuasa-jawatankuasa khas diperkenalkan namun untuk jumpa 1 masalah yang diselasai Najib memang aku tidak jumpa. Banyak jawatankuasa-jawatankuasa yang diwujudkan akhirnya menjadi omong kosong semata-mata.
Berbalik kepada isu ROYALTI kenapa perlu kepada jawatankuasa. Bukankah berdasarkan perjanjian antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas mengenai pembayaran mengikut Seksyen 4 Akta Petroliam 1974 yang dibuat pada 9 Mei 1975, Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan Negeri secara bayaran tahunan sebanyak 5 % dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan. Persoalan, kenapa kini timbul wang ehsan? Dan kenapa perlunya jawatankuasa khas? Dan kenapa perlunya 6 bulan? Bukankah perjanjian itu sudah jelas. Dan rakyat Kelantan bukan bodoh dan boleh diperbodohkan. Tunaikan janji-janji dulu sebelum bina janji baru.
Maka bagi aku, jawatankuasa royalti bagi Najib adalah satu helah politiknya untuk memperlahankan pergerakan kami. Pun begitu, aku secara individunya menolak dan memboikot jawatankuasa royalti kerana bagi aku, perjanjian yang telah dibuat dahulu sudah jelas. Dan bagi aku, anatara Najib dan arwah bapak dia, arwah bapak dia lagi cerdik dan perjanjian itu sudah jelas dan tidak perlu kepada jawatankuasa royalti. Jika Najib dan jadi "bapok jawatankuasa" sekali pun, jangan sampai nak menghina arwah bapa dia. Kenapa perlu lagi jawatankuasa jika kerja-kerja dan perjanjian dizaman arwah sudah pun memuaskan. Maka, tuntutan kami rakyat Kelantan jelas, berikan hak kami dan jangan anggap kami peminta sedekah. Dan kami berjuang bukan kerana wang semata-mata, kami berjuang demi mendaulatkan keadilan demi ALLAH swt.
Ingat, perjuangan kami tidak akan terhenti selagi janji Royalti tidak ditepati. Kami bukan menagis wanf ehsan, tetapi kami berjuang atas nama kebenaran!
No comments:
Post a Comment