To Pa kelihatan sedang di depan dalam isu Royalti minyak Kelantan berbanding Awe Adek. Sebelum ini Awe Adek yang berkeras dan tegas menyatakan bahawa Kelantan tidak layak menerima Royalti dan meminta supaya menunggu keputusan makamah sambil berbangga bahawa Kerajaan sudah pun memberi wang ehsan berjumlah RM24 juta sumbangan Kerajaan Persekutuan. Namun kini mungkin sedang bersedih dan pilu kerana Najib kononnya telah mengangkat To Pa sebagai hero di Kelantan sekali gus "menghuduskan" imej politik Awe Adek.
Namun sekali lagi To Pa dan Awe Adek tidak sehati, sekata dan sejiwa. Ini kerana, dalam formula matematik, jika RM24 Juta di kali tiga iaitu bermula sejak 2010, 2011 dan 2012 maka jawapan yang akan keluar adalah RM72 Juta. Dimanakah lagi RM10.6 Juta. Dimanakah silap formula matematik tu. Adakah salah RM24 Juta Awe Adek atau silap di RM61.4 Juta yang diistiharkan Tok Pa itu. Mungkin masing-masing ada jawapan dan rakyat ingin mengetahui jawapannya. Ini kerana, jumlah RM10.6 Juta itu bukanlah satu jumlah yang kecil. Maka Tok Pa atau Awe Adek harus berdepan dan menjelaskan perkara sebenar dan lagi molek jika meraka menyahut Presiden R untuk berdebat dalam isu Wang Ehsan ini.
Tiada wang Ehsan, yang ada hanya wang Husam
Masih ingat gurauan Husam bahawa wang ehsan yang diperkenalkan itu bukan wang ehsan, tetapi ianya wang Husam. Ini kerana, jika tidak kerana isu Royalti ini tidak diberi perhatian beliau dan rakyat maka tidak timbul wang ehsan dan hasil bumi akan terus dirompak. Sama juga dengan hari ini, jika tidak kerana perjuang R (dengan izinNYA) maka tidak timbul untuk menubuhkan "JAWATANKUASA KHAS KAJIAN PEMBAYARAN BAYARAN TUNAI PETROLEUM"Ini adalah perjuang bersama sehingga berjaya mengejutkan rejim yang sedang tidur. Namun jika ada yang ingin menangguk di air keruh itu terpulanglah kepada "kemaluan" mereka. Jika mereka tidak malu dan mahu mengaku hero, teruskanlah, kerana perjuangan ini bukan perjuangan mencari "superhero" tetapi perjuangan untuk rakyat. Dan sekali lagi ingin ditegaskan bahawa kami R akan terus berjuang sehinggalah wang royalti dikembalikan.
assalamualaikum abg jeming,
ReplyDeletesemoga terus berjuang demi R. R adalah representasi perjuangan rakyat qlate.
mohon link blog ana ya abg jeming www.anakkedah.com