Tok Pa pun serang Awe Adek
Kini Awe Adek ibarat sudah jatuh ditimpa tangga kena pula tahi ayam dibibir mulut. Bayangkan, disaat beliau dengan penuh istikomah meminta supaya rakyat Kelantan menunggu keputusan mahkamah tiba-tiba Tok Pa diangkat hero UMNO Kelantan dalam isu ROYALRI. Tiba-tiba Tok Pa jadi juara kerana mampu berbincang dengan Najib untuk berbincang dalam isu ROYALTI sedangkan sebelum ini mereka bersama dalam isu wang ehsan.
Kesian Awe Adek
Adakah Awe Adek adalah mangsa korban UMNO demi merealisasikan Tok Pa sebagai calon MB Kelantan? Adakah Awe Adek sanggup diperlakukan sedemikian atau beliau kini sedang "ditikam" oleh UMNO Kelantan.
Taniah NGO R bukan kepada Tok Pa
Jangan ingat rakyat bodoh. Kerana tertekan dengan NGO R maka barulah PM bersedia berbincang dan aku beranggapan ianya gimik PRU. Dan kepada Tok Pa yang tidak pernah pun berjuang tentang ROYALTI jangan "koya" untuk jadi hero ROYALTI. Dan kami masih dengan pendirian kami "BAYAR WANG ROYALTI SEBELUM PRU" bukan hanya berjanji. Kerana kami tidak berapa percaya dengan janji Perdana Menteri hari ini.
Jem,
ReplyDeleteSebenarnya kedua-dua ekor tu koya nak jadi MB. Cuma nampak macam saham Tok Pa sebab baru dua hari bercakap nak tolong runding tetiba Tok Guru dapat surat nak runding dari Najib.
Atau Najib pun sabotaj Awe Donde jugak?
Tapi Pak Din nampak hanya cakap saja, nakkan lonjakan saham PRU. Kemungkinan besar lepas ni akan diam dengan bermacam helah!