Hampir 37 tahun kita ditipu kini mereka sudah mengaku. Dan kita rakyat Kelantan bukan tidak percaya tetapi kami tidak berapa nak percaya. Hari ini Tok Guru menerima surat memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.
Kita menerima ROYALTI hak Kelantan bukan wang ehsan!
Kami rakyat Kelantan jelas dengan pendirian kami bahawa tidak akan menerima wang ehsan tetapi hanya akan menerima wang Royalti seperti yang dijanji 37 tahun yang lalu. Kami juga berjuang bukan sahaja demi menuntut ROYALTI tetapi juga menuntut KEADILAN. Maka tidak bermakna perjuangan kami terhenti hanya kerana "GULA-GULA" RM500 juta itu.
Kenapa tiba-tiba Kelantan berhak mendapat Royalti.
Lain nada yang diguna Najib dalam isu Royalti kini. Adakah apa yang disampai Presiden R akan takutnya kerajaan pada gerakan rakyat. Mereka tidak takut jika hantar surat mahkamah, mereka tidak takut kita saman mereka. Tetapi mereka amat takut dengan gerakan rakyat. Maka rakyat sekalin jangan, jikalau Kerajaan Pusat tidak memberi wang RM 7 billion kepada kerajaan negeri maka kita semua jangan berhenti berjuang. Teruskan berjuang kerana sesungguhnya kita sudah hampir kepada kejayaan. Kini mereka sedang berusaha untuk mengoda kita supaya perlahankan rentak perjuang kita.
Jangan harap kami akan makan gula-gula pilihanraya kamu!
Kami bukan tidak percaya dengan perkataan AKAN yang selalu diguna Najib, tetapi kami kurang percaya kerana perkataan AKAN Najib sudah banyak kali digunakan namun banyak kali dimungkiri. Dan aku juga sangsi kenapa tempoh 6 bulan, adakah dalam tempoh itu PRU 13 akan dilakasanakan? Aku memang tidak berapa nak percaya dengan "janji-janji Najib" Tema Janji ditepati juga aku beranggapan sebuah sindiran kepada Najib yang memang terkenal dengan BERJANJI, dan terkenal juga dengan MEMUNGKIRI.
Apa komen Awe Adek dan Topa Mamat
Sebelum ini mereka adalah yang paling lantang menafikan perkara ini. Apakah pendirian mereka sekarang? Dan kenapa kelihat To Pa seolah-olah ingin menjadi jaguh dalam isu ROYALTI? Kami tetap akan ingat pengakuan To Pa yang pernah mengaku beliau adalah orang yang menyekat bantuan rakyat Kelantan dan ada yang menyatakan sekatan yang dimaksudkan To Pa itu adalah pendaratn minyak dan gas ke Kelantan.
Jelas Kelantan berhak mendapat ROYALTI!
Sehubungan dengan ini, dengan apa yang terjadi ini membuktikan bahawa Kelantan memang berhak mendapat ROYALTI namun kerana keenganan Kerajaan Pusat dan beberapa tukang UMNO pengkhianat kepada Kelantan adalah diantara sebab Kelantan dinafikan HAK!
Kepada yang pernah bersungguh membodek dan mengampu Najib berjuang bahawa Kelantan adalah tidak berhak mendapat Royalti minyak, apakah pendirian anda sekarang? Najib sudah mengaku Kelantan ada minyak, adakah anda sekarang juga akan mengikut apa yang Najib kata. Dan jikalau Kelantan sudah pun mendapat hasil ROYALTI minyak, adakah anda dan keluarga anda akan bersama menikmati hasil perjuang ROYALTI ( dengan izinNYA) itu. Kita tidak menghalang mereka yang pernah berjuang menafikan ROYALTI Kelantan untuk bersama menikmati nikmat ALLAH swt itu, namun adalah lebih molek jikalau meminta maaf dengan para pejuang ROYALTI yang pernah kamu hina. Itu lebih bermaruah jika kamu menikmati bersama hasil bumi emas hitam kirniaan ALLAH swt ini.
Ingat kepada pejuang ROYALTI sekalian, sekali lagi meminjam kata-kata Presiden R, kerajaan hari ini diseluruh dunia tidak takut dengan polis atau undang-undang dizaman ini, namun mereka amat takut dengan kuasa Rakyat. Bersyukurlah, ALLAH swt telah memberi kekuatan dalam perjuang ini. Kita rakyat akan terus berjuang sehinggalah ke titisan terakhir. Tiada waktu rehat dalam perjuang!
No comments:
Post a Comment