Thursday, August 2, 2012

Royalti cabar Awe Adek debat!


Presiden ROYALTI mencabar Awang Adek untuk berdebat mengenai wang ehsan. Sebelum ini Awang Adek pernah membidas konvoi Royalti dan memberitahu ROYALTI sepatutnya menunggu mahkamah membuat keputusan mengenai kes tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap Petronas. 

Beliau juga memberitahu bahawa Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan kira-kira RM24 juta setahun dimana beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wan Ehsan Kelantan. Menurut beliau pemberian wang itu telah dilaksanakan mengikut keperluan undang-undang dan dilakukan dengan telus membabitkan semua golongan seperti pelajar, mangsa kebakaran rumah dan bencana alam, tanpa mengira fahaman politik. 

Namun pihak Royalti melalui Presiden R mencabar untuk menjelaskan secara terperinci cara pengagihan wang tersebut. Ini kerana kegagalan Awang Adek untuk  berbuat demikian boleh menimbulkan persepsi di kalangan masyarakat akan berlakunya penyelewengan dalam pembahagian wang itu. 

Rakyat negeri ini perlu jumlah keseluruhan wang ihsan yang telah diberikan. Kepada siapa diagih dan berapa ramai yang mendapat manfaat daripada wang itu. Tambahnya lagi, tidak perlu disembunyikan kepada pengetahuan rakyat Kelantan sekiranya semuanya diuruskan dengan telus dan amanah.

Apa macam Awe Adek?

Ini adalah cabaran debat yang perlu Awe sahut. Jangan kata tak mahu jangan kata tak payah. Ini adalah soal maruah Dato Awe. Takkan Dato Awe hanya berani buat kenyataan di akhbar. Hari tu kemain gegeer glegok bila kami berkonvoi. Ayuh tunjuk keberanain anda. Ingat, anda adalah BEKAS BAKAL MENTERI BESAR Kelantan, jangan malukan diri sendiri.

Mintak SINAR HARIAN realisasikan impian ini.

Sudah lama kami ingin melihat Awe Adek ini berdebat. Hari tu macam akan berlaku debat antara Awe Adek dan Husam, namun sampai ke hari initak masih belum berlaku. Sinar Harian telah banyak kali berjaya mengadakan debat dan aku berharap Sinar Harian dapat membuat debat yang memang ditunggu rakyat Kelantan antara Presiden R dan Awe Adek yang dalam soal wang Royalti atau wang ihsan. Biar rakyat yang menilai. Adakah Kelantan layak menerima wang Royalti atau Kelantan perlu berterima kasih kerasa kesudian Kerajaan Pusat memberi wang ihsan. 

No comments:

Post a Comment