Sunday, October 7, 2012

Annuar Musa vs Ultras Kelantan


Bergemalah laungan "ROYALTI HAK KELANTAN" di dalam stadium seperti mana yang aku rancang. Walaupun gemaan tidak menyeluruh sehingga ke seluruh stadium namun permulaan laungan "ROYALTI HAK KELANTAN" aku secara peribadi menganggap ianya satu kejayaan. Dan jutaan terima kasih kepada Ultras Kelantan yang sudi memberi kami ruang seketika untuk kami menyuarakan "SUARA RAKYAT KELANTAN"

Ultras Kelantan hanya menyokong perjuangan R dan bukannya terlibat secara langsung dalam aktiviti "LAUNGAN ROYALTI HAK KELANTAN"

Ianya bermula tanpa dirancang. Pada awalnya kami R hanya ingin membuat aktiviti di sekitar Stadium sebelum perlawanan bermula. Namun aku rasa seperti tidak cukup jika hanya menurunkan tanda tangan dan memberi stiker. Aku mahu rakyat Kelantan sendiri melauangkan "ROYALTI HAK KELANTAN" Maka aku rancangkan satu program dalam stadium dan alhamdulillah semua ahli R bersetuju dan memberi pertolongan yang padu bagi menjayakan laungan "ROYALTI HAK KELANTAN" bergema di dalam stadium. 

Maka malam itu bergemalah "ROYALTI HAK KELANTAN" di Stadium Muhammad ke 4. Ada yang menyatakan Tan Sri Annuar Musa sedikit kecewa apabila Ultars Kelantan terlibat di dalam aktiviti R. Suka untuk aku menafikan hal tersebut. Ini kerana Ultras Kelantan hanya memberi kami ruang di ketika aku sendiri memberi penerangan R. Ultras Kelantan hanya memberi ruang stadium yang sememangnya bukan milik mereka. Stadium milik Rakyat bukan milik Annuar Musa dan bukan milik Ultas Kelantan bahkan bukan juga milik kami R.

Ada ini satu sndiriran Annuar Musa

Jika benar Annuar Musa tidak berpuas hati dengan tindakan Ultars Kelantan maka kenapa Annuar Musa pernah juga menurunkan tandatangan tuntut royalti di Stadium Bukit Jalil dimana ketika itu aku sendiri yang meminta beliau untuk menurunkan tandatangan tanda sokong perjuang ROYALTI. Kenapa perkara itu tidak dipertikai. Kenapa bila Ultras Kelantan tidak menghalau dan membiarkan aku memberi penerangan R itu menjadi masalah kepada Annuar Musa?

Ini adalah pendirian Ultas Kelantan. Mereka tidak terlibat dalam mana-mana parti Politik dan mereka hanya memberi ruang untuk aku memberi penerangan kepada penontan mengenai R.
Ucapan Tahniah kepada Ultas Kelantan.

Jutaan terima kasih dan tahniah kepada Ultras Kelantan kerana memberi ruang kepada kami. Aku juga berbangga dengan sikap Ultras Kelantan yang bijak dan tahu apa perjuang ROYALTI. Sebelum memberi penerangan dan seterus kata semangat bersama penyokong Red Warrior, aku sempat memberi pendirian perjuang R dimana perjuang kami bukan perjuangan politik. Kami berjuang atas dasar rakyat dan keadilan. Aku zahirkan bukti perjuangan kami bukan perjuang ahli politik tertentu dimana aku memberi tahu bahawa sebelum ini Annuar Musa sendiri pernah menurunkan tandatangan sokong Royalti dan Ku Li sendiri diantara individu yang kuat menyokong perjuang ROYALTI.
Adakah ini juga politil. Kami tidak kisah apakah latarbelakang politik Annuar Musa namun dalam bab ROYALTI kami rakyat kelantan menyokong penuh perjuang ini,
Terima kasih kepada Ultas Kelantan. Stadium adalah milik rakyat bukannya milik ahli politik. Jika Ultas Kelantan tidak dibenarkan memasuki ruang stadium kerana memberi ruang kepada R maka aku sendiri akan mempertahankan Ultas kelantan.

Perjuangan ROYALTI tidak akan berhenti disini dan perjuangan kami akan terus dan terus sehinggalah rakyat Kelantan dapat merasai hasil daripada wang ROYALTI tersebut. Aku juga memohon kepada seluruh rakyat Malaysia agar menyokong dan mendoakan perjuang ROYALTI.

1 comment:

  1. Suara Rakyat Suara Keramat.......
    http://syahdunia2.blogspot.com/

    ReplyDelete