Friday, October 5, 2012

NGO R tidak mendapat sokongan anak muda


Ada sebuah NGO daripada Kelantan yang pernah membuat demo di depan SUK menyatakan R tidak mampu menarik orang muda. Terdahulu ketika demo di SUK mereka membawa barangan seperti cangkul dan kereta sorong yang usang kononnya protes dan simbolik kepada pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) di bawah Kerajaan Kelantan yang kononnya menggunakan wang rakyat. 

Mereka menganggap kumpulan mereka yang sememangnya bercelaru yang tidak pernah konsistan dengan perjuang dimana dulu berjuang atas nama "‘Tukar Acu Test" dan kini mereka sendiri yang "TERTUKAR TAKIR MUNDAR MANDIR" menukar kepada perjuang baru "HARAPANKU" Mereka menyatakan Perjuang R tidak mendapat sambutan. Aku malas nak hurai panjang dan aku biarkan gambar yang memberi kepada jawapan persepsi NGO TUKAR TAKIR ini.



Kami anak muda dengan aman berhimpuan di Depan mahkamah tanpa sebarang provokasi dan tidak perlu membodohkan diri dengan membawa barangan yang "MELUCUKAN" demi untuk menarik perhatian. Itu perjuang kebudak-budakkan dan bodoh dalam perjuang.
Rakyat Kelantan bergambar sebelum bertolak ke PUTRAJA. Ini hanyalah sebahagian kerana konvoi bermula di Kota Bharu dan disambung lagi dengan peserta daripada Bachok, Rantau Panjang, Jeli. Kuala Krai,  dan Gua Musang yang bertemu dan bersama-sama konvoi ke Putrajaya. Ini adalah bukti rakyat Kelantan terlalu membenci Kerajaan Hari ini.
Anak-anak muda berebut ingin bergambar dengan Husam yang dianggap pejuang Royalti.

Aku mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Husam dan anak-anak muda yang sanggup bersama ke Putraja demi perjuangan ROYALTI
Sempat bergambar di depan Pejabat Perdana Menteri dan kami juga tidak perlu "MEMBODOHKAN DIRI" seperti mana demo membawa barangan usang.Kami bergambar dengan cool. Aku bersama anak muda pelajar Mesir  yang bercuti semesta.
Aku dan Abe Hamid sempat berhenti di Sekolah Arab di Pehi bersama pelajar-pelajar yang berdiri di tepi jalan semasa kami konvoi menyatakan sokongan terhadap perjuangan ROYALTI.

Daripada Kelantan kami berkonvoi dan ada juga yang bekerja di luar Kelantan seperti di Kuala Lumpur, Johor, Penang atau Melaka sanggup bersama dalam himpunan ini tanda sokongan perjuang ROYALTI.

Kami mulakan sembahyang hajat di depan Mahkamah dan kami sudahkan himpunan itu dengan sembahyang syujur selepas keputusan diumumkan. Kami tidak perlu membuat aksi bodoh seperti mana demo di depan SUK yang didalangi Tukar tidak lama dahulu. Aku berharap pemberi idea untuk memberi barangan usang kepada Kerajaan Negeri kini insaf dan semoga sahabat-sahabatnya memaafkan beliau kerana beliau juga telah "MEMBODOH" sahabat beliau yang terlibat itu juga.


1 comment: