Menurut Tok Pa bakal bekas Menteri Besar Kelantan menyatakan bahawa Jambatan Sultan Yahya ke 2 akan siap pada Ogos 2012. Setelah hampir sebulan tiada majlis perasmian maka aku telah menjemput diri sendiri dan meminta pada Aduka Taruna kononnya meminta merasmikan Jambatan itu mewakili rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan tidak pernah pun memberi izin aku mewakili mereka namun aku saja yang memandai malam itu.
Aku merasmikan Jambatan Sultan Yahya ke 2 bagi mereka yang berniat untuk membunuh diri. Ini kerana rekaan dan rupa bentuk jambatan itu 100% dicipta untuk mmebunuh diri pada hujung jambatan dengan terjun ke dalam sungai. Jika jambatan yang dijanji bulan Ogos 2012 ini sudah boleh digunakan, maka aku berpendapat mungkin mereka sedang mebina jambatan untuk membunuh diri. (Membunuh diri adalah haram walau apa jua pun keadaan)
Tema UMNO pada Jambatan ini di depan KB Mall " Mencipta memakan masa, meruntuh sekelip mata" Mungkin sebab itu jambatan tidak siap-siap dan aku juga bimbang jikakalau meruntuh sekelip mata ini merujuk kepada Jambatan Sultan Yahya ke 2. Dan jika benar Jambatan ini boleh diruntuh sekelip mata maka UMNO Kelantan akan mengalahkan UMNO Terengganu dalam projek Stadium yang tidak sampai setahun tetapi telah musnah. UMNO Terengganu " Mencipta memakan masa, runtuh stadium setahun sahaja"
No comments:
Post a Comment