"Royalti Kelantan, Sabah, Serawak malah sedikit Pahang yang juga terlibat dalam JDA itu mesti diberikan dan kita tidak akan ada Jawatan kuasa khas, panel. Kita ambil alih Putrajaya terus pengagihan kekayaan 20% dipindahkan"
Itu mungkin diantara janji-janji Anwar yang dinyatakan Najib Razak bahawa Anwar suka berjanji. Dan janji yang disebut Anwar ini merupajkan Janji Arwah Tun Razak dan Anwar bukan sahaja mengulangi janji Arwah Tun Razak malah mempertingkatkan kualiti janji apabila menambah kepada 20% kekayaan berbanding janji arwah Tun Razak yang tidak dipedulikan Najib itu.
Janji Anwar 20% itu akan aku tuntut apabila Pakatan Rakyat benar-benar menguasai Putrajaya. Walaupun Najib menyatakan Anwar suka berjanji namun tidak ditepaitu tidak seperti beliau kononnya berjanji dan janjinya ditepati namun aku memilih untuk mempercayai janji poltik Anwar kerana janji Anwar lebih menguntungkan rakyat. Jika ada yang tidak percaya dan menyatakan itu janji politik. Aku tidak kisah, janji politik ke, janji taqiyah ke, yang penting itu sahaja cara untuk dapatkan Royalti minyak Kelantan kerana UMNO yang diketuai anak yang tidak menunaikan janji ayahnya bukan sahaja tidak mahu berjanji dalam isu Royalti bahkan pula menafi janji-janji arwah ayah Perdana Menteri hari ini.
Amaran buat Anwar!
Putraja dikuasai Pakatan Rakyat maka 20% kekayaan hasil bumi akan dipindah kepada kerajaan negeri akan kami tuntut. Jika janji itu tidak ditepati ketika Pakatan Rakyat sudai menguasai Putrajaya, maka aku dan aktivis lain tidak teragak-agak untuk jatuhkan Anwar ketika itu. Oleh yang demikian maka kami tidak takut untuk mempercayai janji Anwar kerana andai UMNO yang berumur puluhan tahun dapat kami tewaskan apatah lagi Pakatan Rakyat satu hari nanti jika Pakatan Rakyat menjadi UMNO baru.
Maka buat ketika ini, aku tidak mahu kerana permasalahan kecil dalam Pakatan Rakyat menjadi penghalang untuk menjadikan Kerajaan hari ini sebagai pembangkan dan Pakatan Rakyat sebuah kerajaan yang sah. Yang penting ketika ini adalah meruntuhkan empayar UMNO yang sudah lama menzalimi rakyat.
Maka yang demikian, aku mengajak semua rakyat Malaysia memberi kepercayaan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji selepas PRU-13. Jangan takut dan jangan bimbang, jika Pakatan Rakyat juga akan menjadi Kerajaan zalim dan bersikap seperti UMNO hari ini, ketika itu kita semua bersatu kembali dan jatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat.
Semoga Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan selepas PRU 13 ini dan berjaya menunaikan janji-janjinya dan ketika itu aku ingin lihat wajah-wajah Najib dan kuncu-kuncunya selepas segala janji ditunaikan Pakatan Rakyat dan ketika itu juga 20% kekayaan hasil bumi diberikan kepada kerajaan negeri masing-masing. Insyaallah dan sama-sama kita semua berdoa.
Mencuba sesuatu yang baru berdasarkan bukti yang ada adalah lebih baik dari teruskan dengan apa yang jelas telah berlaku banyak kerosakan.
ReplyDeletetepat sekali bro Dahab
ReplyDelete