Tuesday, October 23, 2012

Himpunan Rakyat daripada Rakyat


Satu himpunan rakyat akan diadakan hasil daripada manifestasi rakyat. Satu kebangkitan rakyat untuk berjuang demi isu yang perlu diperjuangkan. Pada himpunan itu rakyat akan berkumpul dan mengenakan pakaian dengan warna tersendiri. Warna Merah untuk perjuang Tuntut ROYALTI, Kuning untuk Tuntutan Pilihanraya yang Bersih, Hijau untuk Anti Lynas dan warna  Jingga tanda sokong Tuntutan Anak-anak Felda.

Pada 3 Novermber 2012 seluruh rakyat akan berkumpul dan mengemukan pendirian masing-masing. Luahan rakyat yang tidak berpuas hati dan berkumpul beramai-ramai dan mendesak supaya isu yang diluahkan rakyat ini didengari dan diselesaikan. Jika segala lauahan rakyat ini tidak diendah, kami rakyat akan pindahkan kuasa si pemerintah hari kepada yang mahu mendengar nasib luahan rakyat.

Semoga himpunan rakyat ini akan memberi ketakutan kepada pemerintah hari ini. Sesunguhnya, ahli politik itu adalah pekerja rakyat. Setelah sekian lama kami rakyat ditindas, ayuhlah semua kita menjadi bos kepada ahli politik. Kita tunjukkan kuasa rakyat yang sebenar. Kuasa rakyat yang menentukan nasib ahli politik hari ini. Bukannya ahli politik yang menentukan nasib rakyat (dengan izinNYA)

No comments:

Post a Comment