Monday, October 22, 2012

Ibarat Tok Pa dan Awe Adek ludah ke langit akhirnya jatuh ke muka jua


Heboh sebelum ini jangan masukkan anasir politik di dalam stadium. Bagi mereka, stadium hanya tempat tengok bola. Kalaulah malaikat maut tu diorang boleh nampak dan boleh dibawa berunding, berkemungkinan besar apabila datangnya malaikat maut Izrail datang untuk mengambil nyawa, maka akan dimintanya supaya tundakan kerja Izrail kerana kepercayaan mereka di dalam stadium hanya tempat tengok bola.

Mungkin terpengaruh dengan agenda yahudi "makan bola, tidur bola dan mati pun bola"

Sukan bukan perkara wajib tetapi bukan perkara yang menjadi larangan. Bahkan sukan juga boleh memberi kebaikan dan pahala jika kena pada tempatnya. Aku sama sekali tidak bersetuju untuk meninggalkan segala perjuangan dan prisip hanya kerana perlawanan bola sepak. Adakah seoarang ulamak atau ilmuan akan meninggalkan segala yang ada dijiwanya ketika berada di stadium. Adakah seorang imam tidak boleh memberi nasihat kepada penyokong bola sepak yang membuat maksiat di depannya kerana berada di dalam stadium.

Kalaulah kerana semangat kesukanan yang dicipta manusia (dengan izinNYA) yang mungkin agenda yahudi itu terus menerus diikut, maka sepanjang itulah kita akan terus tersesat dan terus ditipu oleh godaan dunia yang sentiasa mengoda untuk kita menyintai dunia lebih daripada akhirat.

Atas kepercayaan aku tidak akan mengikut "semangat kesukanan" ciptaan manusialah maka aku sehingga ke hari ini tidak merasa bersalah untuk masukkan agenda perjuang di dalam stadium. Aku masukkan penerangan tentang wujudnya ROYALTI Kelantan kepada rakyat Kelantan supaya tersemat dijiwa mereka untuk lebih mencari apakah benar agenda perjuang R. Jika mereka terus mencari kebenaran dan mereka percaya wujudnya "ROYALTI" maka aku berdoa mereka akan berjuang bersama untuk memperjuangkan hak rakyat Kelantan.

Namun kerana para peminpin negara ini mewarisi sikap peminpin yang zalim seperti firaun yang pernah melawan para nabi maka mereka itu tidak suka rakyat mempunyai semangat perjuangan. Mereka lebih gemar melihat rakyat terus hidup dalam kepura-puraan dan hidup hanya untuk berfoya-foya tanpa memikirkan nasib mereka yang lain. Bagi mereka, semangat perjuangan rakyat adalah musuh mereka.

Dek kerana tidak mahu rakyat di negera ini terus ditipu peminpin yang zalim dan tidak bertanggungjawab itu maka aku rasa perlu masukkan agenda ROYALTI di dalam stadium. Maka diantara aktiviti pertama aku lakukan adalah dengan memasukkan BENDERA GERGASI R di dalam stadium. Ketika itu R masih tidak dikenali dan ianya tidak mendapat tentangan yang kuat.

Bendera hanyalah satu lambaian listrik daripada aku untuk berteka-teki bagi mereka yang melihat. Simbol R juga perkara yang sama. Bermula dengan sebuah lambaian listrik kini seolah-olah satu kejutan eletrik yang kuat mengalir dan kini ianya bukan sahaja kepada rakyat namun R kini juga telah menyerang para pimpinan teratas di Malaysia.

R dituduh menyebar perkara politik di Stadium. Kami menafikan sekeras-kerasnya. Agenda kami bukan memperkasakan individu politik, tetapi kami berjuang untuk mengembalikan hak rakyat Kelantan. Seteleh sekian lama rakyat Kelantan ditindas dan dinafi segala bantuan kini hak kami juga dinafikan. Maka kami berjuang untuk rakyat Kelantan. Walau terus menerus diserang, ianya tidak menjadi halangan, kerana kami tahu, yang lebih menentang bukan rakyat, tetapi ahli politik yang bersubahat menganiayai rakyat Kelatan.

Allah swt itu maha kaya, sedang mereka menghina kononya kami balaci politik, kini mereka seperti "ludah ke muka sendiri" pada perlawanan akhir bola sepak antara ATM dan Kelantan. Sebelum ini kononya mereka menolak politik di dalam stadium. Tiba-tiba 3 banner gerhasi "GELOMBANG MERAH" turut kelihatan di dalam stadium.

Sesiapa yang membuat banner itu seperti diperbodoh. Bayangkan mereka menolak dan menghina politik di stadium tiba-tiba meniru gerakan kami. Namun kami bukan pergerakan Politik sedangkan "GELOMBANG MERAH" jelas sebuah pergerakan politik.

Mungkin bagi mereka begitu berbangga melihat "GELOMBANG MERAH"  distadium. Namun ianay jelas menunjukkan kebodohan yang amat. Rakyat tahu banner yang besar itu bukan isi hati rakyat ianya tidak lebih daripada pembaziran peminpin yang sayangkan kuasa bukannya untuk rakyat. Dengan ini aku mengaku aku adalah yang bertanggungjawab membawa anasir R di dalam stadium dan aku mencabar siapakah yang membawa ansir gelombang merah ke dalam stadium.

Aku tidak bermasalah jika Gelombang Merah untuk meniru gerakan R, cuma tarik baliklah kenyataan larangan membawa anasir politik ke dalam stadium. Sebab kami ini gerakan rakyat, gelombang merah itu gerakan politik. Seperti pepatah melayu. " Ibarat Tok Pa dan Awe adek ludah ke langit akhirnya jatuh ke muka jua"

No comments:

Post a Comment