Sempena perlawanan akhir Kelantan dan ATM ramai anak-anak muda yang ditahan. Mereka ditahan kerana memakai baju R. Ada juga yang ditahan kerana memakai Topi R. Beribu-ribu lagi ditahan selepas laungan "ROYALTI HAK RAKYAT" dilaungkan. Mereka semua ditahan di pintu masuk stadium dan tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium.
Di dalam stadium hanya kelihatan penyokong ATM dan beberapa ratus penyokong Kelantan sahaja. Kemungkinan mereka tidak beminat untuk melihat perlawanan itu apabila ramai yang tidak dibenarkan masuk atas alasan yang tidak munasabah. Ada yang datang berkumpulan dan apabila ada salah seorang dikalangan mereka tidak dibenarkan masuk ke Stadium maka mereke berkumpulan mengambil keputusan tidak mahu masuk. Mereka yang tidak dibenarkan masuk menjerit dan meminta wang mereka dikembalikan.
Mereka yang ditahan tertanya-tanya apakah sebab mereka ditahan. Apabila ditanya kenapa dan mengapa mereka ditahan maka jawapan yang diterima adalah kerana menyebar "perkara yang tidak berkaitan dengan bola di dalam stadium"
Maka bertanyalah seorang tahanan, "baju R kawe ni bemaksud red warrior boh, takdok kaitan dengan royalti eh"
" Jangan cuba tipu kami, kami mendapat makluman bahawa kumpulan kamu R adalah penyokong ROYALTI" jawab salah seorang yang menahan para pemuda itu.
"Kalau gitu, demo keno igat jugoklah Husam Musa dengan Ku Li boh. Tu bapok penyokong ROYALTI boh. Kawe ni anok ikey bilih, tu pun demo tokleh bui bukti kawe ni jolo ko penyokong ROYALTI. Kawe buleh takwil jah R ni untuk Rosmoh ko, R ni untuk Rani Mukherjee ko, dan mache-mache lagi kito buleh royat R ni untuk gapow. Bakpow ya demo rasa R ni untuk ROYALTI sajo jah" balas pemuda tadi. Suasana semakin bising dan ramai yang mula pertikai kenapa perlu ditahan.
Bakpow sek-sek baju Adidas atau Nike tadi dok kena tehey boh?
Guwano budok-budok Punk, Skin Head, Black Metal hok promosi baju idealogi masing-masing tadi rilek jah makka dalam tu bos?
Kawe tengok sek-sek dikir barat pakai kain semutar atah pallo gu, tu tidok berkait dengan bola pun, bakpow dok igat sek-sek yo?
Masing-masing mula bersatu dan berdalih dengan mereka yang menangkap. Mereka mula merasa tidal bersalah dan rasa dianiayai. Kenapa perlu ditangkap hanya memakai baju R, yang tidak berbaju yang membuka aurat bebas sahaja di dalam stadium. Penguatkusa yang hanya mengikut arahan atasan mula menyesal.
Mereka yang menangkap bukan rela hati untuk menangkap namun atas dasar kerja dan itu adalah arahan maka mereka terpaksa melakukannya. Pihak berkuasa yang melihat dan mendengar mengambil keputuan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan. Ini kerana mereka pihak berkuasa harus menjaga keselamatan penyokong lain dan menganggap R bukan merbahaya kepada penonton lain. Dan laungan itu juga tidak membahaya. Laungan itu bukanLAH laungan PROVOKASI murahan tetapi itu adalah laungan hak rakyat. yang Hampir satu stadium melaungkan "ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN" sehingga ada penyokong yang hadir bukan rakyat Kelantan tetapi juga bersama dalam stadium demi bersama dalam perjuangan ini.
Tiba-tiba Tan Sri Annuar musa datang dan simbah air sirap kepada aku. Dunia gelap untuk seketika. Tubuh aku masih basah. Aku masih keliru apa yang terjadi. Air semakin kuat menerpa muka aku. Rupa-rupanya aku terkena tempias air hujan. Tingkap bilik aku tidak tertutup dan apa yang terjadi tadi adalah mimpi. Mimpi atau impian. Aku tertanya-tanya sendirian.
Semoaga 20 Oktober 2012 ini mimpi atau impian ini menjadi kenyataan. Mogo seluruh pelusuk penyokong Kelantan akan melaungkan " ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN, ROYALTI HAK KELANTAN"
saspen je mimpi ko ni haha
ReplyDelete