Tuesday, October 16, 2012

Aku akan berhenti laungankan "ROYALTI HAK KELANTAN"


Sejak aku mengetuai laungan Royalti hak Kelantan yang bermula di Stadium Kelantan dan merebak ke Shah Alam menyebabkan ramai yang mula membenci aku. Katanya aku tidak sepatutnya bercakap pasal ROYALTI di dalam stadium yang rata-ratanya ingin melihat perlawanan bola sepak dan bukannya melaungkan "ROYALTI" di dalam stadium.

Aku menerima teguran itu dan insyallah aku akan berhenti bagi menghormati permintaan masyarakat yang ingin melihat bola sepak semata-mata. Aku akan berhenti bukan kerana ugutan bunuh atau segala sumpah seranah dan cacian. Aku tidak kisah langsung dengan segala cacian dan makian itu. Itu adalah asam garam berjuang. Dan aku tahu, kononnya jika 40 orang menyumpah bodoh kepada maka jadi bodohlah aku. Aku tidak memiliki kepercayaan sedemikan. kepercayaan aku adlaah segala yang terjadi bukan kerana doa manusia, tapi dengan izinNYA.

Dan aku yakin dan percaya apa yang aku buat ini adalah betul. Segala cacian dan makian ini aku anggap cacian golongan jihiliah seperti mana golongan jahiliah yang mencerca baginda Muhammad saw ketika berdakwah. Tidaklah aku ingin samakan aku seperti nabi, tetapi aku ingin samakan mereka yang mencaci aku ini samalah seperti mereka yang jahil itu.

Seteleh berfikir dengan panjang, maka aku mengambil keputusan akan berhenti melaungkan "ROYALTI HAK KELANTAN" Aku akan berhenti melauangkan "ROYALTI HAK KELANTAN" setelah ROYALTI dikembalikan kepada kerajaan negeri tanpa wujudkan Jawatan Khas seperti mana dapatnya Kerajaan negeri Terengganu setelah UMNO kembali menjadi pemerintah di Negeri itu. Aku sebagai manusia yang mempunyai akal dan maruah sama sekali tidak akan membenarkan politik kotor itu berlaku di Kelantan. Jika sudah benar ROYALTI itu hak Kelantan maka tidak perlu lagi jawatan khas. Berikan sahaja kepada Kerajaan Negeri yang dipilih rakyat. Itu adalah pendirian aku. Bukan soal PAS atau UMNO.

Maka 20 Oktober 2012 jika ROYALTI masih tidak dikembalikan kepada kerajaan Negeri Kelantan maka aku akan terus melaungkan "ROYALTI HAK RAKYAT" Dan akali ini aku ingin mengajak semua yang menyokong perjuangan ROYALTI ini untuk bersama-sama memeriahkan himpunan ini di Stadium Shah Alam pada hujung minggu ini. Kami tidak akan menganggu perlawanan bola tersebut dan kami hanya akan meminjam ketika rehat atau pun sebelum dan selepas seperti mana iklan di tv dan di sekitar padang bola tersebut. Dan kami berjuang ini bukan untuk kepentingan kami sendiri, tetapi kami berjuang untuk rakyat yang dinafikan hak. Semoga kita semua bersama dalam memperjaungkan hak rakyat. Ini bukan soal politik dan ini soal hak rakyat.

No comments:

Post a Comment