Wednesday, October 10, 2012

Apa faedah aku lapor Polis bila terima Ugutan

Adakah laporan Polis yang dibuat ini berfaedah. Pihak disebelah sana tidak putus memaki hamun aku. Ada yang mendakwa aku sendiri yang buat facebook tersebut untuk dan sengaja buat cerita dengan tujuan publisiti. Ada yang menyindir kononnya aku tidaklah berani sangat. Dah kena ugut sikit dah mengelabah. Dan pelbagai lagi ketidakpusan hati apabila aku membuat laporan polis.

Untuk apa aku membuat laporan polis.

Aku pada asalnya tidak berminat untuk membuat laporan polis kalau ugut-ugutan ini hanya di facebook. Namun atas desakan sahabat yang bimbangkan keselamatan aku meminta membuat laporan. Ini kerana sebelum ini sudah ada kes sahabat yang memperjuangkan royalti diugut dan benar-benar dipukul. Atas faktor itu para sahabat mendesak untuk aku membuat laporan. 

Maka bersetuju membuat laporan. Namun tiada tangkapan kerana perkara itu hanya ugutan dan tidak melibatkan tindakan fizikal. Namun sekiranya perkara ini benar-benar berlaku laporan itu akan membantu siasatan. 

Pihak disebelah sana marah apabila aku membuat laporan kononya aku membesar-besarkan kes. Mereka juga menyatakan laporan polis akan dibuat terhadap aku. Atas pertuduhan itu aku tidak tahu. Namun aku menyambut baik sekiranya pihak mereka benar-benar membuat laporan. Ini kerana dapatlah aku mengenali mereka yang mengugut aku. Kini hanya mereka yang mengenali aku. Pun begitu, aku sudah dapat agak siapa yang membuat ugutan aku itu. Aku tidak mahu menuduh tanpa ususl periksa, namun aku dibantu beberapa sahabat dapat mengecam daripada ayat yang diguna beliau yang mengugut aku. Beliau ini pernah terlibat dalam himpuanan di depan SUK dan bertembung dengan pihak R. Namun benar atau tidak sahabat aku yang mahir dalam bab ini sedang berusaha mencari kebenaran.

Mula-mula aku tanggapan aku apabila membuat laporan polis ini hanyalah memberi maklumat persediakan. Jika perkara ini benar-benar berlaku, jika aku benar-benar dibelasah atau dipukul, sekurang-kurangnya ini laporan ini akan membantu pihak polis membuat siasatan. Sekiranya aku benar-benar dibunuh dan dengan izinNYA aku meninggal dunia, aku tidak lagi mampu untuk menceritakan apa yang terjadi. Laporan polis inilah yang akan bercakap bagi pihak aku.

Namun, aku dapat lebih dari itu, lepas aku membuat laporan polis, berduyung-duyung sms dan mesej di facebook diterima dan mendoakan keselamatan aku. Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang mendoakan keselamatan semua. Rasa cinta dan sayang kamu membuat aku lebih bersemangat untuk terus berjuang. 

Jumaat ini di Shah Alam, aku mengajak kepada semua mereka yang menyokong ROYALTI dan hadir pada malam itu, sama-samalah kita melaungkan "ROYALTI HAK KELANTAN"


1 comment:

  1. puak2 umngok xdop kijo lain dh nk wat...ngepeng kuat2 pom ore beci wat bendo2 ugut gini gak ko ore beci...

    ReplyDelete