Serangan demi serangan diterima aku selepas laungan "ROYALTI HAK KELANTAN" bergema di Stadium Muhammad ke 4 baru-baru ini. Aku hanya melaung "ROYALTI HAK KELANTAN" ketika sebelum dan selepas perlawanan bola sepak. Bagi yang tidak bersetuju bolehlah tutup telinga dan aku memohon maaf. Aku ingin menunjukkan bahawa inilah suara rakyat Kelantan.
Jika anda tidak bersetuju aku cabar untuk anda melaungkan "ROYALTI BUKAN HAK KELANTAN" dan aku ingin dengar suara rakyat Kelantan yang tidak bersetuju dengan "ROYALTI HAK KELANTAN"
Aku juga bukan ingin memaksa anda mempercayai kata-kata aku ini. Cuma ingin melihat semangat rakyat Kelantan. Jadi aku meminta rakyat Kelantan yang bersetuju dengan "ROYALTI HAK KELANTAN" sama-samalah kita gemakan laungan ini.
Ini bukan perkara politik. Ini adalah mengenai nasib rakyat Kelantan tanpa mengira latarbelakang politik. Ramai yang salah faham mengatakan ini kerja-kerja politik sehingga ada yang mengugut aku supaya tidak ke Shah Alam kerana takut aku laungkan "ROYALTI HAK KELANTAN" Kami tidak marah jika anda tidak bersetuju dan anda berhak untuk tidak bersetuju tetapi jangan paksa kami untuk mempunyai kepercayaan seperti anda. Kepercayaan kami adalah "ROYALTI HAK KELANTAN"
No comments:
Post a Comment