Mungkin yang anggap majlis itu panas, namun sebenarnya majlis itu berakhir dengan cool |
Kali pertama UTTV dipenuhi penonton. |
Aku dan Ustaz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus telah bertemu di UTTV bagi membincangkan isu Tok Guru wahabi selepas aku dan beliau banyak kali "bertekar" di facebook. Setelah berkali-kali perbincangan aku dan Ustaz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus di facebook, kami tetap tidak bertemu titik penyelesaian. Aku yang "sakit hati" mendengar beliau memberi pelbagai persepsi yang bagi aku adalah salah supaya kami duduk dan berbincang tentang perkara ini. Maka dengan izinNYA, dengan bantuan UTTV aku dan Ustaz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus berjaya diketemukan di studio dan dilancarkan secara langsung.
Antara sahabat yang sentiasa memberi sokongan |
Sehari sebelum aidil adha aku telah menghubungi beliau dan meminta untuk bertemu untuk berbincang tajuk apa yang kami akan bincangkan. Kami tidak jumpa tajuk yang sepakat pada malam itu namun beliau bersetuju untuk live dan berbincang dengan 3 isu yang kami sentiasa berbahas. Isu pertama adalah tafsir surah Taha ayat 5 telah diterjemahkan oleh Tok Guru Nik Aziz sebagai 'Tuhan duduk bersila lendik diatas Arasy' (dengan cara ALLAH swt)
Isu kedua pula mengenai kenyataan Tok Guru lahirnya adalah sama seperti budak kampung lain pada zamannya. (perlu baca penghuraian dibawah).
Manakala isu ke tiga pula yang juga merupakan isu pokok kepada perbincangan aku dan Ustaz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus adalah mengenai tuduhan Ustaz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus bahawa Tok Guru itu wahabi.
Bergambar selepas majlis diskusi |
Program pada malam itu dijanjikan pada jam 9 malam namun sedikit lambat kerana ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Aku sampai di UTTV seawal jam 8.30 malam namun Ustaz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus sedikit lambat mungkin tidak jumpa studio UTTV kerana pertama kali datang ke UTTV. Manakala aku pula sudah biasa dengan studio. (Aku memohon maaf diatas kelewatan pada malam itu)
Pada malam itu Wan Ahmad Fatihi diamanahkan untuk menjadi moderator. Beliau juga merupakan berasal daripada sekolah Ma'ahad Muhammad dan kami bertiga secara kebetulan merupakan daripada sekolah yang sama. Diluar studio dipenuhi dengan kebanyakkan bekas pelajar Ma'ahad dan ada juga penyokong Ustaz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus mungkin daripada pondok tempat beliau pernah belajar dan mungkin tempat yang pernah beliau mengajar.
Aku mulakan dengan pengakuan bahawa sememangnya aku tidak layak untuk duduk sebaris dengan Ustaz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus untuk membincangkan isu ini. Namun aku mengaku diri sendiri dan aku meminta untuk "tidak percaya" pada aku jika ada yang maklumat-maklumat yang tidak jelas. Aku juga mengaku ilmu aku dan penalis Ustaz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus jauh tinggi ilmu beliau. Namun aku berada di situ sebaris dengan beliau untuk berbicang beberapa isu kerana ada seberapa perkara yang aku tidak bersetuju dengan persepsi beliau.
Namun kami tetap tidak jumpa kata setuju dimana beliau tetap bahawa Tok Guru salah. Aku tidak meminta orang percaya pada aku, namun aku berharap video penjelasan Tok Guru itu memberi jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan Ustaz As-Sayyid Faez.
Isu kedua pula mengenai lahirnya baginada Muhammad saw adalah sama seperti budak kampung lain pada zamannya. Aku cukup yakin apa yang dinyata Tok Guru itu bukanlah secara keseluruhan. Ianya hanayalah untuk menyatakan bahawa baginda Muhammad saw itu adalah sama seperti manusia lainnya, dan baginda bukanlah alien atau malaikat. Ianya untuk memberi gambaran bahawa baginda Muhammad saw itu sama seperti kita dalam skop tersebut. Bagaimana orang yang berjuang atas nama Islam itu menghina nabi. Lihat sahaja dari segi pakaian, cara hidup, semuanya mengikut sunnah rasullah saw. Jika hendak dibangdingkan dengan mereka yang menuduh Tok Guru itu menghina nabi, adakah kita sudah buat kerja-kerja yang disuruh nabi. Tok Guru telah menghambakan diri dalam bidang politik bukan kerana kuasa tetapi kerana ingin menyambung perjuangan nabi. Maka aku menolak sekeras-kerasnya bahawa Tok Guru menghina nabi. Apa yang Tok Guru sampaikan adalah demi mendidik kepada masyarakat bahawa nabi Muhammad saw itu sama seperti kita dalam konteks sebagai manusia. Sebagai kerasullan ianya tetap tidak sama kerana Tok Guru dan kita telah mengaku bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruh ALLAH. Maka tuduhan kononnya Tok Guru menghina Nabi itu adalah fitnah dan kerja-kerja mereka manusia yang menidakkan pesanan Rasullah saw supaya bersikap Husnuzon.
sepertimana mana
ayat Al-Hujuraat ayat 12
Allah berfirman :
“Wahai
orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya
kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip
atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah
kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika
demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah
kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha
mengasihani.” Rasulullah bersabda :
Tok Guru wahabi?
Itu adalah persepsi Ustaz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus. Aku menafikan kerana segala bukti tidak jelas dan aku juga meminta supaya tidak lagi menggunakan perkataan "wahabi" Ini kerana perkataan wahabi itu sendiri adalah perangkap halus yahudi yang sengaja ingin mempersendakan Imam Muhammad bin Wahab. Aku juga tidak bersetuju Ustaz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus yang memperlekehkan Iman Muhammad bin Wahab yang begitu berjasa kepada dunia islam dan tidak baik menghina mereka yang sudah meninggal dunia. Walau setinggi mana pun Tok Guru beliau, untuk mempercaya dan memperlekehkan mereka yang dianggap berjasa kepada Islam itu tidak baik bagi aku. Lebih-lebih lagi kita hidup dizaman sesudah beliau tiada dan kita tidak tahu cerita sebenar. Tidak wajib bagi kita untuk mempercayai cerita yang tidak tahu asas dan sumbernya.
(UNTUK LEBIH LANJUT SILA BACA SIAPA IMAM BIN WAHAB)
Aku juga tidak bersetuju untuk menuduh Tok Guru itu wahabi hanya kerana Tok Guru pernah menyatakan tiada sambutan maulud di Kelantan.
Aku berpendapat bahawa kenapa Tok Guru menyatakan tiada sambutan maulud di Kelantan itu bukan bererti melarang. Ini kerana, tidak pernah MPKB atau mana-mana pihak dari Kerajaan Negeri menangkap mereka yang menyambut maulud. Tok Guru juga ketika akan memberi kuliah atau ceramah di masjid-masjid atau surau-surau tentang kelebihan banginda Muhamamd saw menjelang hari maulud. Maka Tok Guru bukan melarang hari maulud cuma menyatakan tiada sambutan sepertimana negeri-negeri lain yang berarak dan menyambut secara besar-besaran tanpa menghayati erti sebenar hari maulud. Tok Guru juga ingin menegaskan bahawa kerja-kerja islam bukan sudah selesai dengan hanya menyambut maulud tetapi banyak lagi kerja-kerja islam yang perlu dilakukan.
Ilmu aku memang tidak setaraf dengan Ustaz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus
Aku berapa kali menyatakan bahawa ilmu aku tidak tinggi. Dan perbincangan itu tidak harus menjadi rujukan. Namun ianya hanyalah pintu kepada majlis ilmu. Aku juga ingin mendengar apa yang terbuku didalam hati mereka yang selalu menduduh Tok Guru itu wahabi. Aku juga tidak sanggup sekadar hanya membaca dan mendengar Tok Guru difitnah sedemikian rupa. Aku hanya menjawab sebagai manusia yang jahil. Aku berharap, selepas ini, mereka yang berilmu dan lebih layak akan duduk dibarisan hadapan untuk berdepan dengan tuduhan dan fitnah ini.
Aku juga berdiskusi bukan untuk mencari siapa menang dan siapa kalah. Sebelum perbincangan lagi, di atas kertas aku sudah kalah ilmu berbanding dengan Ustaz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus. Beliau sudah menjadi guru kepada ratusan atau ribuan pelajar pondok. Mana mungkin aku yang hanya sempat mengambil SMU (Sijil Menengah Ugama) hendak dibandingkan dengan beliau yang sudah mampu mengajar kitab. Cuma aku hadir sebagai majlis ilmu dan sedikit perkongsian.
Walaupun aku dianggap tidak layak untuk berbincang tentang agama Islam, namun diakhir perbincangan itu, Ustaz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus yang pada awal dan sehingga akhir menyatakan bahawa golongan yang akan masuk syurga adalah golongan al sunnah wal jamaah akhirnya akur dan bersetuju dengan aku bahawa mereka yang layak masuk syurga bukanlah kerana mereka itu ahli sunnah, wahabi atau syiah. Tetapi mereka yang layak masuk syurga adalah mereka yang mendapat ehsan ALLAH swt. Alhamdulillah
Dan aku juga ingin membuktikan bahawa majlis ilmu seperti ini tidak merbahaya. Pada malam itu, aku dan Ustaz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus boleh akhirnya diskusi itu dengan senyum dan kami berpelukan sebelum berpisah walaupun masih tidak bertemu titik persamaan. Namun atas dasar semua islam bersaudara, dan perbezaan pendapat itu rahmat, maka tidak timbul soal marah atau dendam. Diskusi itu lebih merapatkan hubungan aku dan beliau dan aku berharap lebih banyak lagi program seperti ini.
Namun aku berharap, mereka yang lebih layak seperti Datuk Dr Johari Mat, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Ustaz Hassan Mahmod dan Dr Maza menjawab balik soalan-soalan yang dikemukan Ustaz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus. Aku berharap ada pihak yang akan adakan satu majlis penerangan yang sebenar berdasarkan soalan-soalan didalam diskusi tersebut. Ini kerana, jawapan yang aku berikan terlalu lemah dan perlukan mereka yang lebih layak untuk menjawab persoalan tersebut. Jika tidak mampu adakan majlis sekali pun, cukuplah jika ditulis ambik masa untuk menonton video tersebut dan huraikan didalam blog atau facebook. Moga-moga ianya memberi manfaat untuk semua.
BETUL TU SDR AZHARI, KALAU PAS WAHABI UMNO TU APA?, KALAU CAKAP KAFIR MEREKA MARAH, TAPI MEREKA HINA ISLAM ,TOLAK HUDUD, KITA KATA UMNO KUFUR AJELAH,KALAU KATA MEREKA KAFIR MEREKA MELENTING, WALHAL MAKNANYA SAMA AJE.
ReplyDeleteXBETUL TU.SIAPA KITA NAK MENGHUKUM SESAMA KITA.RASULULLAH ADA MENGATAKAN BARANG SIAPA YANG MENGATAKAN ORANG ISLAM ITU KAFIR,MAKA IA AKAN TERBALIK KEPADA DIRINYA.ORANG ISLAM TETAP ISLAM.JANGANLAH KITA BERGADUH SESAMA MUSLIM.HUKUM MENGHUKUM ADALAH KERJA ALLAH.YANG MENGHUKUM KAFIR MENGKAFIR ADALAH MERUPAKAN FAHAMAN WAHABI.WAHABI HANYA INGIN MEMECAHKAN UMAT ISLAM DAN MEMESONGKAN AKIDAH MANUSIA YANG BERAGAMA ISLAM.
ReplyDeletetahukah anda perbezaan org alim (berilmu) dengan org awam (biasa)..mereka lebih baik dan mengetahui..anda sedang bertanya kepada org yg berilmu itu tp dalam hati anda menetapkan utk tidak percaya kpd mereka..ketahuilah,syaitan itu mempunyai banyak jln utk menyesatkan mereka yg jahil...sbb itu kita disaran utk hampir kpd mereka yg alim..tp anda masih lg menetapkan jarak anda..pergilah menuntut ilmu kiranya anda tidak mahu terus buntu..
ReplyDelete