Kapal Selam ini aku bina bersama 2 orang sahabat dan seorang anak saudara berumur 2 tahun. Hasilnya mencapai matlamat iaitu kapal layar ini "TENGGELAM" bukan macam Scorpene yang tidak boleh tenggelam |
Ada yang marah apabila kami melakukan satu gimik meneggelamkan kapal layar dengan melekatkan lanun dan beberapa gambar pimpinan tertinggi kerajaan Malaysia. Kami juga melekatkan tulisan "tolak jawatankuasa, tolok wang ehsan dan tolak penderhaka" Itu semua manifestasi rakyat Kelantan terhadap kerajaan Malaysia berkenaan dengan isu ROYALTI.
Para penyokong ROYALTI yang sanggup berpanas untuk melihat tenggelamnya kuasa Rejim |
Kenapa kami bertindak sedemikian
Bagi mereka tindakkan kami menenggelamkan gambar pempin tertinggi kerajaan Malaysia merupakan tindakan biadab dan tidak boleh diterima. Namun aku persoalkan bagaimana dengan tindakan peminpin tertinggi Malaysia yang menafikan hak berjuta rakyat di Kelantan. Adakah itu satu tindakan yang wajar?
Kami hanya mengenggelamkan 3 gambar peminpin namun kerajaan Malayis telah menafikan berjuta hak rakyat Kelantan.
Abe Yie (Presiden R) dan Syam menyiapkan proses terakhir kapal layar lanun itu |
Kenapa samakan dengan lanun?
Mereka marah kerana samakan dengan lanun. Lanun apakah mencuri hak kami bahkan didepan mata kami itu masih tidak cukup untuk disamakan dengan lanun? Ada juga rakyat yang memberitahu satu kesilapan kami lepaskan kapal layar itu di sungai. Ini kerana boleh menyebabkan sungai itu tercemar, beliau memberitahu lebih baik tenggelamkan kapal dan gambar-gambag "pengkhianat" itu ke dalam telaga najis. Ini bermakna, cara yang kami buat itu sudah lembut dan berhemah.
Kapal layar yang dibuat bersama 2 sahabat dan anak saudara berumur 2 tahun itu telah mencapai matlamat yang dikehendaki. Kami mahu kapal layar itu tenggelam. Dengan izin ALLAH swt, kapal layar itu tenggelam dan itu simbolik kepada tenggelamnya kuasa najib dan rakan-rakannya jika ROYALTI tidak dikembalikan kepada negeri Kelantan.
Ir Jeming Hassan selaku pencipta kapal layar gembira apabila ciptaannya itu tenggelam. |
Maka jika ada yang marah kami samakan Najin dengan lanun harap bersabar. Adakah anda mahu kami samakan Najib dengan firuan atau Husni Mubarak? Lanun ada juga yang baik macam Jack Sparrow. Maka, katakan pada Najib dan rakan-rakannya yang menafi ROYALTI itu, jika tidak mahu rakyat Kelantan samakan kamu dengan lanun "KEMBALIKAN HAK ROYALTI KELANTAN"
No comments:
Post a Comment