Kitab-kitab pelajar mesir. Ini hanyalah sebahagian. aku berharap aku pun satu hari dapat menjadi pelajar Mesir. Untuk 6 bulan belajar bahasa arab. |
Terima kasih kawan-kawan yang menghantar dan mendoakan pemergian aku. |
Ini pertama kali aku menjejaki bumi Mesir. Aku mengambara seorang diri demi memperkembangkan perjuang ROYALTI.
Kenapa bumi Mesir?
Ketika aku diberi peluang untuk slot di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kelantan aku mulakan dengan menyeru kepada para pemuda untuk mencontoi pemuda-pemuda Mesir yang berjaya jatuhkan rejim Mubarak. Aku perpendapat, kejayaan anak-anak muda Mesir perlu diiukuti rakyat Kelantan dan Malaysia yang dizalimi peminpin sendiri. Peminpin yang mengaku islam dan mengaku ahli Sunnah wal jamaah. Namun peminpin itu sendiri menzalimi rakyatnya.
Pengalaman pertama kali sembahyang atas di kapal terbang
4 Disember 2012 aku ke Mesir dan 4 Disember juga aku sampai di bumi Mesir. Jarak masa yang berbeza maka aku sampai pada tarikh yang sama. Perjalanan ke Kuwait mengambil masa 8 jam dan aku perlu sembahyang subuh di dalam kapal terbang. Dalam, fikiran aku ada surau dalam kapal terbang itu, namun andaian aku melesat dan aku perlu sembahyang di tepat duduk. Pramugari menunjukkan aras kiblat dan meminta aku tengok pada hujung garisan dunia dan jika ada cahaya matahari maka sudah tiba masa untuk solat subuh. Jam waktu Malaysia tidak dipakai lagi. Ini kali pertama aku sembahyang atas kerusi dan atas ruang udara. Alhamdulillah teringat kisah pengalaman DATO' SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR yang menceritakan pengalamannya sembahyang di dalam roket ketika pengembraannya mengeliling bulan satu ketika dahulu. Alhamdulillah aku berpeluang mendirikan solat secara berlainan namun terfikir bagaimanakah cara-cara para pejuang mujahidin bersolat takkala hujan peluru dilangit mereka.
Di Kaherah bandar Mesir aku disambut sahabat Ustaz Ubid yang dahulunya kami bersekolah bersama. Namun kini kami begitu berbeza, beliau begitu fasih berbahasa arab dan aku cemburu dengannya. Aku berharap sangat dapat duduk di Mesir atau Yaman untuk belajar bahasa arab. Namun keadaan kini masih belum sesuai dan inysallah jika ROYALTI Kelantan dikembalikan aku akan kembali ke Mesir atau Yaman dan akan belajar bahasa arab.
Ubid mengambil dengan teksi untuk pulang ke rumahnya. Sebelum memilih teksi aku lihat Ubid berurus niaga dengan Pak Arab seperti orang mahu perang. Gaya Ubid dan Pak Arab seperti orang mahu bergaduh. Menurut Ubid, memang gaya Arab bercakap adalah kasar. Dan jika aku tengok Pak Arab bergaduh tepi jalan itu adalah perkara biasa. Memang betul kata Ustaz Ubid, aku berpeluang tengok Pak Arab bergaduh dalam teksi hanya sebab perkara kecil. Mereka bergaduh seperti orang mahu bertumbuk. Namun tidak begitu, mereka hanya bergaduh mulut sahaja.
Pada malam hari aku berjalan sekitar Shubra. Banyak kedai makan arab yang memang mengiurkan. Namun sebelum ke Rumah Ubid aku telah disambut junior aku dengan nasi arab. Sudah 4 tahun aku tak makan nasi, hari ini aku makan nasi Arab dengan kambing. Maka aku tidak singgah di kedai makan arab. Mungkin sekejab lagi aku akan makan daging kambing bakar.
Seperjalanan aku di Mesir, aku dapat rasa betapa ekonomi dan kebersihan yang ditinggalkan pemerintahan Mubarak terlau teruk. Memang agak susah untuk memulihkan Mesir. Namuna aku berdoa moga-moga ALLAH swt berikan kekuatan dan sahabat-sahabat yang setia kepada Dr Morsi.
Namun aku kagum dengan masjid-masjid di sini. Anak-anak muda begitu ramai berjemaah di masjid. Jila di Malaysia, yang ramai di masjid adalah orang-orang tua. Namun disini perkara sebaliknya yang berlaku. Anak-anak muda yang berpakaian seluar jeans dan seluar sukan memenuhi ruang masjid. Aku berharap fenomena ini akan berlaku di Malaysia nanti.
Perkara yang menakut disini adalah berada didalam teksi, dimana cara mereka memandu memang seperti orang mahu bunuh diri. Untuk satu hari di Mesir kelmarin, aku tidak jumpa kereta yang baru, semua kereta kemek-kemek. Menurut orang sini, cara pemandu Mesir memang menakutkan, namun kemalangan yang berat jarang berlaku. Disini juga aku rasa perkara wajib untuk kereta adalah hon. Adalah pelik jika anda berada di jalan Mesir namun tidak terbunyi dengan hon. Boleh dikatakan setiap saat hon akan berbunyi. Aku juga lihat lampu isyarat disini tidak dipakai. Namun kecekapan mereka mengatsinya. Hon dengan kereta sambil kepala diluar tingkap dan tangan menunjuk situ sini adalah cara mereka memandu kerata.
Kelmarin aku tidak banyak berjalan kerana masih letih dan aku tidur awal. Hari ini insyallah aku akan melawat bumi Mesir dan insyallah akan ke sugai Nil.
bersambung...
No comments:
Post a Comment